Thursday, January 23, 2014

Takdir

Kadang-kadang apa yang kita mahu tak semestinya menjadi milik kita..Walaupun sekuat mana pun kita usahakan.. Bagi aku hidup ini penuh dengan takdir dan nasib.. Setiap perlakuan dan percakapan kita pada hari ini akan memberi kesan kepada kita pada episod yang akan datang.. Aku akui hidup ini terlampau rumit untuk di tempuhi.. Namun,sebagai manusia biasa kita perlu tabah..

  Seperti kalian,,aku juga mempunyai segunung impian yang ingin ku capai sejak dari kecil.. Pelbagai bentuk kehidupan telah ku rancang.. Tapi semua nya tidak berjalan mengikut kehendak ku.. Kesedihan dan kekecewaan bukan lagi perkara asing dalam hidup aku.. Selalu saja di duga dengan pelbagai bentuk ujian.. Seperti yang pernah aku katakan cita-citaku ialah menjadi seorang doktor.. aku benci terhadap jurutera.. Tiada langsung minatku ke arah bidang jurutera.. Namun,takdir mempersendakan aku.. Aku mendapat tawaran Universiti dalam bidang yang paling ku benci.. Kejuruteraan..
   
   Mungkin tuhan ingin tunjukkan bahawa setiap yang kita benci pasti akan kembali kepada kita.. Sama seperti aspek jodoh kiranya.. banyak yang aku dengar "Jangan terlampau benci kerana mungkin orang yang kita benci itu merupakan jodoh kita" .. Aku berfikir sejenak.. Mungkin benar mungkin juga tidak.. Ianya bergantung juga kepada nasib seseorang.. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak memikirkan soal itu lagi.. Biar la takdir membawa aku kepada insan yang bakal bergelar jodoh itu.. Aku lelah dipermainkan oleh nasib.. Maaf seandainya aku pernah menyakiti sesiapa..

No comments:

Post a Comment