Tuesday, March 28, 2017

REVIEW BIG TAS TEA

Big Tas Tea

Hi, sekarang ni musim panas kan? Bila tengahhari mesti macam haus sangat. Setengah orang suka makan ABC atau cendol. Tapi hari ni farah nak suggest satu tempat yang jual aneka minuman. Big Tas Tea yang terletak di Arau,Perlis. I'm pretty sure that, people around perlis should already know this place. Dekat ja dengan gate A UITM ARAU , Perlis. Kalau dari highway masuk pekan arau tu straight sampai jumpa traffc light sebelum naik flyover. Tapi kena U-turn la. Apa yang special kedai ni, kalau rasa malas sangat nak turun beli, boleh drive thru ja. haaa.. Macam-macam jenis minuman yang boleh kita pilih. Dari air biasa sampai ke ice blended. Konsep ala-ala coolblog,chatime etc. Harga sangat berpatutan. Minuman yang sedap dan tidak terlalu manis. Tak rugi kalau cuba time panas-panas ni. Legaaaaaa tekak ni ha.. 


Drive thru
Chocolate ice blended. (Regular : RM 6.00)

Mango Yogurt (Large : RM 5.00)


Saturday, March 25, 2017

Ae Dil Hai Mushkil

     Ok.. Semalam farah movie night dengan hubby macam biasa. Movie semalam ae dil hai mushkil hubby download. Romantic bollywood movie. Mula-mula tu memang lawak. Tapi bila dah approach intermission, sedih kaw-kaw. Emosi ja dua-dua ketui semalam. Ni filem romantik first yang farah tengok dalam keadaan sebak. Ranbir Kapoor memang menjiwai watak Ayan tu. Sebab kita tahu sebelum ni Ranbir Kapoor selalu pegang watak macho yang nakal. Tapi kali ni watak dia lain sikit. Pelakon : Ranbir Kapoor( Ayan Sanger ) , Anushka sharma( Alizeh khan ) , Aishwarya rai( Saba Taliyar Khan ) , Fawad Khan( DJ Ali ). Special appearance : Shah rukh khan ( Saba's ex-husband ) & Alia Bhat( Alizeh's friend ). Recommended movie sangat untuk lovers yang bosan-bosan time weekend and for those who like romantik movie. Farah tak mau spoil sinopsis dekat sini. So, make sure tengok dulu and you will know kenapa farah sampai buat review untuk filem ni. Nice movie with hubby.

Friday, March 24, 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Hi, memandangkan esok weekend jadi farah nak share apa yang farah selalu buat time weekend dengan hubby ataupun kawan-kawan. First, hiking! Siapa tau Gunung Baling , Kedah? Mesti ramai yang dah pernah daki kan? Percaya atau tidak farah pun pernah buat kerja gila tu. Daki gunung baling. Bila ingat balik meremang bulu roma. haha. Farah pi dengan kawan-kawan. Dua laki dua perempuan. Ini memang dah plan seminggu awal. Kami bertolak dari kolej kediaman tepat jam 6.30pagi. Singgah breakfast di R&R Gurun. Ada satu kedai tu padu nasik lemak dia. Tapi tak ingat harga. Jadi sampai Baling dalam pukul 9 pagi. Mencabar. Satu perkataan untuk describe Gunung Baling. Disebabkan cuaca hujan, kami mendaki dalam keadaan basah kuyup. Kami turun pukul 6 petang. haaa.. Nak tau apa jadi? Nanti farah cerita next Entry. Lepas hiking tu pi la mandi Lata Bayu. Syok wei! haha
Atas Gunung Baling.

Ini keadaan kami masa dah turun.hahaha.
Next, makan! Farah selalu pilih time dinner. Sebab malam sejuk,seronok sikit kalau makan dekat luar kan? Selalunya dengan hubby la. Tapi ada jugak dengan kawan. Farah pulak suka main terjah masuk cafe/restoran. Best sebenarnya kalau kita cuba makanan yang tak pernah kita cuba. Kalau yang pernah cuba pun, lain orang lain resepi. Contoh: Chicken grill dekat Rabak cafe tak sama dengan Chicken grill dekat food court Next emperium,Aman central. Jadi, daripada melapuk ja dekat bilik tu why not go out and try something new? 
Rabak cafe. p/s:rindu abg jai kita. haha
Selain hiking dan makan, farah suka tengok movie dengan hubby. Bukan wayang, tapi movie guna laptop ja. Low cost. Selalu hubby download. Farah tukang tengok ja. Kadang-kadang tengok dekat McD or KFC. Kalau rasa malas sangat tengok dekat cafe kolej kediaman ja. Selalu time lepas dinner sesama. Kami akan beli nasik goreng/ mee goreng/ whatever jajan , buat kunyah-kunyah. Best sebenarnya layan movie dengan kawan-kawan ni. Instead of tengok sorang-sorang, baik emosi sesama. Boleh tengok hubby menangis sekali dan boleh jugak eratkan hubungan. Tak la hubby tu kurang kasih sayang. huhuhu.
Movie night at McD.
Seterusnya, benda yang paling kerap orang buat bila bosan-bosan, lepak! haha. Kalau cakap pasal lepak ni, farah la paling win. Bagi farah, lepak salah satu cara untuk kita talk heart to heart. Lepak tak semestinya denga yang tersayang, kawan-kawan pun boleh kan? Banyak tempat farah lepak dan yang paling farah suka, Kuala Perlis, Tasik Jubli Kedah dengan Tasik Darul Aman Jitra. Dekat Kuala Perlis best lepak sebab suasana yang berangin tu. Layan ja rasa. Sambil makan lokching dengan jagung bakar. Sembang pasal masalah, future etc. Kalau dekat Tasik jubli pulak, farah suka bagi makan ikan. Makanan ikan ada jual dekat situ. Tapi ada lagi aktiviti lain yang boleh dibuat. Contoh: main layang-layang,main bubble etc. Dekat Tasik darul aman pulak boleh naik itik dalam tasik. Boleh sewa basikal atau kereta golf. Best. Sesuai lepak dengan kawan-kawan, hubby atau keluarga. 
Tasik Jubli with love. :)
Kuala Perlis
Tasik Darul Aman
Finally, kalau habis buntu nak pi mana, farah suggest gym. Haa, farah pun baru sebulan try main gym ni.Ya la,asyik makan jaa kena la buang sikit lemak ni kan? Farah main gym dekat Seriab kangar. Entry fee RM5.00 sahaja sekali masuk. Main la sampai lembik. haha. Main gym pun boleh hilang bosan tau. 

Pardon my red face.hahaha


Tuesday, March 21, 2017

REVIEW DECO CAFE

Hi, hari ni farah nak buat review Deco cafe,Alor Setar Kedah. Entry kali ni khas untuk food hunter yang nak cari cafe best area aloq staq. Deco cafe ni baru sekali farah cuba. Sebab teringin nak makan pasta sedap kan? Ada link yang suggest Deco cafe ni. Deco cafe ni terletak dekat dengan Tesco Mergong jugak. Kawasan yang sama dengan Rabak cafe cumanya Deco cafe ni terletak di bangunan hadapan. Lagi satu outlet dekat Aman Central mall. Farah pi yang Aman central outlet. Dah alang-alang nak shopping tu makan la sekali. 

Makanan kat situ tak banyak choice sangat. Boleh-boleh ja. Tapi Deco cafe ni terkenal dengan 'shell out'. Shell out kat sini yang specialnya, kita boleh pilih nak nasik atau pun pasta. Tapi farah tak mau komen la rasa macam mana sebab farah tak makan shell out. Farah order pasta biasa ja. Spaghetti cheese carbonara dengan spaghetti meatball bolognese. Side dish pulak farah order homemade french fries. Minuman pulak vanilla cappucino ais dengan hazelnut chocolate. Memang sedap pasta dekat situ. Rasa tak terlampau berat tapi cukup untuk memuaskan tekak. Berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Tapi minuman kurang memuaskan(rasa macam air pasar malam) dan harga sangat tidak berpatutan. Nasihat farah order la air kosong kalau pi Deco cafe. haha. Total makan untuk dua orang RM 72.90 (termasuk gst RM 4.00 dan service tax RM 4.00) . Nasihat farah lagi, kalau pi Deco cafe hampa suruh ja pelayan buat macam-macam sebab service tax mahal nak mampus. haha. Not recommended untuk students di hujung-hujung sem.

FOODSSSS!!!


Intan payung! haha

Saturday, March 18, 2017

REVIEW RABAK CAFE


Hi, hari ni farah nak buat review Rabak cafe,Alor Setar Kedah. Entry kali ni khas untuk food hunter yang nak cari cafe best area aloq staq. Haa,, kami org loq staq bkn takat main nasik kawah,tapi cafe hipster pun dah bersepah. Jadi, salah satu cafe yang farah pernah beberapa kali cuba adalah Rabak cafe. Rabak cafe ni terletak dekat dengan Tesco Mergong. Senang ja nak cari. Dari tol alor setar utara, terus jaa. Jangan belok2. Terus sampai jumpa Tesco Mergong. Nanti ada traffic light depan Tesco tu. Ambik kanan( a.k.a jalan nak masuk tesco jugak laa..) Lepas tu straight jaa sampai jumpa Rabak cafe. Rabak cafe ni terletak belakang sikit. Kawasan persekitaran sunyi sikit tapi jangan takut. Straight ja sampai jumpa.. Rabak cafe tu sebelah kanan.

Makanan kat situ best-best. Macam-macam ada. Bukan setakat western, cucoq udang dengan sate pun ada. Harga memang sangat berpatutan. Sesuai kalau students macam aku ni nak pi makan. Tapi jangan la pi selalu. Mau rabak poket hampa. Huhu. Menu yang paling aku suka, meatball(RM 14.90) ,spagethi meatball(RM 12.90) , grill chicken burger(RM8.90), chicken grill(RM 12.++), chicken chop(RM 12++) dengan bbq grill burger(RM 8.90). Harga ni buat masa sekarang la. Maybe in future owner naikkan harga,itu aku tak tau laa. Minuman pulak banyak pilihan. Bukan stakat milkshake, ice blended, air macam kedai biasa pun ada (teh o’ ais , limau ais etc). Semua minuman sedap. Pilih pi la apa pun.
Meatball & Spaghetti Meatball Bolognese.

Blackcurrant soda & fresh orange


Dari segi layanan pulak memang tip top. Terbaik. Makanan cepat sampai. Dah la quantiti banyak. Confirm kenyang kaw-kaw. So, apa lagi. Jom ramai-ramai kita pi Rabak cafe. Sedap , berpatutan dan terbaik. Sekian....