Tuesday, March 28, 2017

REVIEW BIG TAS TEA

Big Tas Tea

Hi, sekarang ni musim panas kan? Bila tengahhari mesti macam haus sangat. Setengah orang suka makan ABC atau cendol. Tapi hari ni farah nak suggest satu tempat yang jual aneka minuman. Big Tas Tea yang terletak di Arau,Perlis. I'm pretty sure that, people around perlis should already know this place. Dekat ja dengan gate A UITM ARAU , Perlis. Kalau dari highway masuk pekan arau tu straight sampai jumpa traffc light sebelum naik flyover. Tapi kena U-turn la. Apa yang special kedai ni, kalau rasa malas sangat nak turun beli, boleh drive thru ja. haaa.. Macam-macam jenis minuman yang boleh kita pilih. Dari air biasa sampai ke ice blended. Konsep ala-ala coolblog,chatime etc. Harga sangat berpatutan. Minuman yang sedap dan tidak terlalu manis. Tak rugi kalau cuba time panas-panas ni. Legaaaaaa tekak ni ha.. 


Drive thru
Chocolate ice blended. (Regular : RM 6.00)

Mango Yogurt (Large : RM 5.00)


Saturday, March 25, 2017

Ae Dil Hai Mushkil

     Ok.. Semalam farah movie night dengan hubby macam biasa. Movie semalam ae dil hai mushkil hubby download. Romantic bollywood movie. Mula-mula tu memang lawak. Tapi bila dah approach intermission, sedih kaw-kaw. Emosi ja dua-dua ketui semalam. Ni filem romantik first yang farah tengok dalam keadaan sebak. Ranbir Kapoor memang menjiwai watak Ayan tu. Sebab kita tahu sebelum ni Ranbir Kapoor selalu pegang watak macho yang nakal. Tapi kali ni watak dia lain sikit. Pelakon : Ranbir Kapoor( Ayan Sanger ) , Anushka sharma( Alizeh khan ) , Aishwarya rai( Saba Taliyar Khan ) , Fawad Khan( DJ Ali ). Special appearance : Shah rukh khan ( Saba's ex-husband ) & Alia Bhat( Alizeh's friend ). Recommended movie sangat untuk lovers yang bosan-bosan time weekend and for those who like romantik movie. Farah tak mau spoil sinopsis dekat sini. So, make sure tengok dulu and you will know kenapa farah sampai buat review untuk filem ni. Nice movie with hubby.

Friday, March 24, 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Hi, memandangkan esok weekend jadi farah nak share apa yang farah selalu buat time weekend dengan hubby ataupun kawan-kawan. First, hiking! Siapa tau Gunung Baling , Kedah? Mesti ramai yang dah pernah daki kan? Percaya atau tidak farah pun pernah buat kerja gila tu. Daki gunung baling. Bila ingat balik meremang bulu roma. haha. Farah pi dengan kawan-kawan. Dua laki dua perempuan. Ini memang dah plan seminggu awal. Kami bertolak dari kolej kediaman tepat jam 6.30pagi. Singgah breakfast di R&R Gurun. Ada satu kedai tu padu nasik lemak dia. Tapi tak ingat harga. Jadi sampai Baling dalam pukul 9 pagi. Mencabar. Satu perkataan untuk describe Gunung Baling. Disebabkan cuaca hujan, kami mendaki dalam keadaan basah kuyup. Kami turun pukul 6 petang. haaa.. Nak tau apa jadi? Nanti farah cerita next Entry. Lepas hiking tu pi la mandi Lata Bayu. Syok wei! haha
Atas Gunung Baling.

Ini keadaan kami masa dah turun.hahaha.
Next, makan! Farah selalu pilih time dinner. Sebab malam sejuk,seronok sikit kalau makan dekat luar kan? Selalunya dengan hubby la. Tapi ada jugak dengan kawan. Farah pulak suka main terjah masuk cafe/restoran. Best sebenarnya kalau kita cuba makanan yang tak pernah kita cuba. Kalau yang pernah cuba pun, lain orang lain resepi. Contoh: Chicken grill dekat Rabak cafe tak sama dengan Chicken grill dekat food court Next emperium,Aman central. Jadi, daripada melapuk ja dekat bilik tu why not go out and try something new? 
Rabak cafe. p/s:rindu abg jai kita. haha
Selain hiking dan makan, farah suka tengok movie dengan hubby. Bukan wayang, tapi movie guna laptop ja. Low cost. Selalu hubby download. Farah tukang tengok ja. Kadang-kadang tengok dekat McD or KFC. Kalau rasa malas sangat tengok dekat cafe kolej kediaman ja. Selalu time lepas dinner sesama. Kami akan beli nasik goreng/ mee goreng/ whatever jajan , buat kunyah-kunyah. Best sebenarnya layan movie dengan kawan-kawan ni. Instead of tengok sorang-sorang, baik emosi sesama. Boleh tengok hubby menangis sekali dan boleh jugak eratkan hubungan. Tak la hubby tu kurang kasih sayang. huhuhu.
Movie night at McD.
Seterusnya, benda yang paling kerap orang buat bila bosan-bosan, lepak! haha. Kalau cakap pasal lepak ni, farah la paling win. Bagi farah, lepak salah satu cara untuk kita talk heart to heart. Lepak tak semestinya denga yang tersayang, kawan-kawan pun boleh kan? Banyak tempat farah lepak dan yang paling farah suka, Kuala Perlis, Tasik Jubli Kedah dengan Tasik Darul Aman Jitra. Dekat Kuala Perlis best lepak sebab suasana yang berangin tu. Layan ja rasa. Sambil makan lokching dengan jagung bakar. Sembang pasal masalah, future etc. Kalau dekat Tasik jubli pulak, farah suka bagi makan ikan. Makanan ikan ada jual dekat situ. Tapi ada lagi aktiviti lain yang boleh dibuat. Contoh: main layang-layang,main bubble etc. Dekat Tasik darul aman pulak boleh naik itik dalam tasik. Boleh sewa basikal atau kereta golf. Best. Sesuai lepak dengan kawan-kawan, hubby atau keluarga. 
Tasik Jubli with love. :)
Kuala Perlis
Tasik Darul Aman
Finally, kalau habis buntu nak pi mana, farah suggest gym. Haa, farah pun baru sebulan try main gym ni.Ya la,asyik makan jaa kena la buang sikit lemak ni kan? Farah main gym dekat Seriab kangar. Entry fee RM5.00 sahaja sekali masuk. Main la sampai lembik. haha. Main gym pun boleh hilang bosan tau. 

Pardon my red face.hahaha


Tuesday, March 21, 2017

REVIEW DECO CAFE

Hi, hari ni farah nak buat review Deco cafe,Alor Setar Kedah. Entry kali ni khas untuk food hunter yang nak cari cafe best area aloq staq. Deco cafe ni baru sekali farah cuba. Sebab teringin nak makan pasta sedap kan? Ada link yang suggest Deco cafe ni. Deco cafe ni terletak dekat dengan Tesco Mergong jugak. Kawasan yang sama dengan Rabak cafe cumanya Deco cafe ni terletak di bangunan hadapan. Lagi satu outlet dekat Aman Central mall. Farah pi yang Aman central outlet. Dah alang-alang nak shopping tu makan la sekali. 

Makanan kat situ tak banyak choice sangat. Boleh-boleh ja. Tapi Deco cafe ni terkenal dengan 'shell out'. Shell out kat sini yang specialnya, kita boleh pilih nak nasik atau pun pasta. Tapi farah tak mau komen la rasa macam mana sebab farah tak makan shell out. Farah order pasta biasa ja. Spaghetti cheese carbonara dengan spaghetti meatball bolognese. Side dish pulak farah order homemade french fries. Minuman pulak vanilla cappucino ais dengan hazelnut chocolate. Memang sedap pasta dekat situ. Rasa tak terlampau berat tapi cukup untuk memuaskan tekak. Berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Tapi minuman kurang memuaskan(rasa macam air pasar malam) dan harga sangat tidak berpatutan. Nasihat farah order la air kosong kalau pi Deco cafe. haha. Total makan untuk dua orang RM 72.90 (termasuk gst RM 4.00 dan service tax RM 4.00) . Nasihat farah lagi, kalau pi Deco cafe hampa suruh ja pelayan buat macam-macam sebab service tax mahal nak mampus. haha. Not recommended untuk students di hujung-hujung sem.

FOODSSSS!!!


Intan payung! haha

Saturday, March 18, 2017

REVIEW RABAK CAFE


Hi, hari ni farah nak buat review Rabak cafe,Alor Setar Kedah. Entry kali ni khas untuk food hunter yang nak cari cafe best area aloq staq. Haa,, kami org loq staq bkn takat main nasik kawah,tapi cafe hipster pun dah bersepah. Jadi, salah satu cafe yang farah pernah beberapa kali cuba adalah Rabak cafe. Rabak cafe ni terletak dekat dengan Tesco Mergong. Senang ja nak cari. Dari tol alor setar utara, terus jaa. Jangan belok2. Terus sampai jumpa Tesco Mergong. Nanti ada traffic light depan Tesco tu. Ambik kanan( a.k.a jalan nak masuk tesco jugak laa..) Lepas tu straight jaa sampai jumpa Rabak cafe. Rabak cafe ni terletak belakang sikit. Kawasan persekitaran sunyi sikit tapi jangan takut. Straight ja sampai jumpa.. Rabak cafe tu sebelah kanan.

Makanan kat situ best-best. Macam-macam ada. Bukan setakat western, cucoq udang dengan sate pun ada. Harga memang sangat berpatutan. Sesuai kalau students macam aku ni nak pi makan. Tapi jangan la pi selalu. Mau rabak poket hampa. Huhu. Menu yang paling aku suka, meatball(RM 14.90) ,spagethi meatball(RM 12.90) , grill chicken burger(RM8.90), chicken grill(RM 12.++), chicken chop(RM 12++) dengan bbq grill burger(RM 8.90). Harga ni buat masa sekarang la. Maybe in future owner naikkan harga,itu aku tak tau laa. Minuman pulak banyak pilihan. Bukan stakat milkshake, ice blended, air macam kedai biasa pun ada (teh o’ ais , limau ais etc). Semua minuman sedap. Pilih pi la apa pun.
Meatball & Spaghetti Meatball Bolognese.

Blackcurrant soda & fresh orange


Dari segi layanan pulak memang tip top. Terbaik. Makanan cepat sampai. Dah la quantiti banyak. Confirm kenyang kaw-kaw. So, apa lagi. Jom ramai-ramai kita pi Rabak cafe. Sedap , berpatutan dan terbaik. Sekian.... 

Wednesday, June 22, 2016

Syafiq Aizat

Hubby,


Terima kasih kerana mengenaliku lebih dari sesiapa pun..Tak pernah seumur hidupku sebahagia kali ini..Aku bersyukur tuhan ketemukan kita..  Memang benar jodoh itu milik Allah.. Tapi tidak salah untuk kita mencuba kearah yang lebih baik.. Aku ingin membina bahtera untuk kita belayar bersama.. Meredah setiap ombak yang mungkin cuba memecahkan bahtera kita..  Aku tidak janji untuk menjadi yang sempurna untuk mu.Aku bukanlah bidadari yang tiada cacat cela.. Tapi aku janji untuk sentiasa menjaga dan menyayangi mu setelah kita halal bersama.  Mungkin ada kalanya kita akan bermasam muka.. Mungkin ada kalanya kita akan bersengketa..Sedangkan lidah lagi tergigit..Kita hanya merancang.. Allah juga penentu segalanya.. Seandainya kita terpisah, usah kau salahkan takdir pertemuan kita ini.. Mungkin allah ingin memberi yang lebih baik.. Aku terlalu bahagia bersamamu.. Aku sayang padamu.. Sepanjang perkenalan kita, aku belajar untuk mengenali cinta.. Aku belajar memahami.. Tidak sedikit pun aku ingin meminta-minta yang mewah.. Tidak juga aku ingin bintang dilangit untuk kau gapai diluar kemampuanmu.. cukup sekadar kau didepan aku, sihat dan ceria seperti selalu.. Mungkin cinta aku tidak sehebat mereka yang lain.. Tapi biarlah hanya Allah yang mampu memisahkan kita.. Selamat Hari Lahir yang ke-25 hubby sayang.. Syg sayang hubby sangat.. Terlalu sayang.. Semoga Allah permudahkan setiap perancangan kita bersama.. amin..

Monday, June 20, 2016

Tahun Ketiga di Unimap

Assalamualaikum.. lama betul menyepi.. so kali ni dah alang-alang rasa nak berkarangan nak taip panjang-panjang..sekarang aku dah tahun ketiga di unimap.. tengah golek-golek atas katil sambil makan donut lebih masa berbuka tadi..sambil-sambil tangan menaip laa.. huhuhu.. Tetiba rasa sekejap ja dah tahun ketiga berlalu.. banyak benda yang berlaku dan banyak juga benda yang jadi pengajaran dalam hidup..semoga selepas ini seketul Farah Shazwani akan lebih tabah menjalani liku-liku hidup.. huhu.. Banyak perkara yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku.. baca satu-satu ek.. jangan missed satu pun.. huhu
            Pertama sekali,aku dah pindah dari wang ulu.. rumah yang dulunya tempat paling ku gemari.. tempat yang paling membawa ketenangan.. tempat yang mencoret setiap memori indah.. walaupun agak hujung sem 6 baru pindah,tapi impact besar dalam hidup aku.. aku hilang kawan baik,housemate dan keluarga kedua.. semua hanya disebabkan terlalu mengenal atau terlalu berkongsi..aku dah tak cakap dengan nana.. hmm,,nana... satu nama yang ku kira akan bersama-sama menempuh segala liku-liku di unimap.. satu nama yang ku kira bisa ku tongkat bila diri terlalu lemah dengan segala rintangan.. satu nama yang ku kira tempat ku mencerita segalanya tanpa batasan.. Tapi tak pa.. allah sangat baik dengan aku..Dia tunjuk siapa sahabat sebenar dalam perjuangan di unimap ni.. sahabat sebenar di alam universiti ini adalah diri sendiri.. tak ada sesiapa yang baik dan ikhlas berkawan dengan ang kalau tanpa sebab.. semua berkawan atas benefit.. i repeat,,BENEFIT.. mujur allah sedarkan aku cepat-cepat.. Kekadang aku tengok classmate aku yang kononnya ada kawan masa susah tu,aku rasa terhibur.. sebab masing-masing plastik.. bermuka-muka.. Contoh la kan, si A baik dengan B tapi bila A jumpa C , dikutuknya pulak si B ni.. then,C jmpa B kutuk pulak si A.. hahaha.. bodoh classmate aku ni.. So,aku ambik jalan mudah.. aku tak mau baik dengan sesiapa dah lepas ni.. tak guna pun..end up dikutuk jugak.. tak pun didengki..haha.. Ok,cukup pasal classmate bodoh..
            Kedua,selepas keluar dari wang ulu aku terus masuk rumah baru di bumita..cantik..luas dan selesa.. Nasib baik la kenal dengan junior masa sekolah dulu.. mintak tumpang sampai habis final exam.. Iman dengan ain sangat baik walaupun mulut laser.. tak lupa jugak kat teha,mimi,zira, kira dan amrina.. ya Allah ,,aku bersyukur.. hanya Allah ja dapat balas budi kalian.. Ain dan zira tak merungut pun aku masuk rumah ni dan stay sebilik dengan depa.. Alhamdullilah... Ada hikmah jugak aku ada konflik di rumah wang ulu.. I get something better.. Macam hadiah.. bumita dah la selesa,che mat makan sedap dan murah..yang paling penting,dekat dengan library dan pusat pengajian.. Allah sangat baik dengan aku.. selalu protect aku.. betul la, orang teraniaya selalu dapat ganjaran.. huhuhu.. Disebabkan adik-adik junior bagi aku stay sini,so aku balik lambat untuk kemas rumah sebab next sem kitaorang stay rumah baru.. so rumah lama bumita ni kena kosongkan.. sejam jugak laa nak bersihkan.. dan dah siap dah pun.. sekarang tengah tunggu hubby siap kemas barang dia pulak..nak balik lepas sahur esok..   
            Ketiga,cakap pasal hubby.. hmm..Ini perkara paling klimaks yang terjadi di tahun tiga aku.. I found him.. A man who really understand me.. Seorang lelaki yang sangat sabar melayan setiap perangai buruk aku.. i showed him everything i have.. and he keep saying that he loves me every single day and night.. Ya Allah,first time aku jumpa orang yang sanggup kena marah sebab tak reti tekan calculator untuk buat soalan calculation.. hahaha.. dia seorang yang sangat baik dan pendiam.. dia tak pandai nak bersembang sangat.. Kecik ja orangnya.. pakai spec.. style ala-ala hipster tak berapa nak jadi.. haha.. dan semestinya dia sangat comel.. Aku tinggi 174cm..dia Cuma 160cm.. haha.. tak apa murah rezeki orang tua-tua cakap.. hehe.. apa pun,aku sayang dia.. walaupun selalu marah.. ya la,,aku kan panas baran..typical kedahan la kan.. huhu.. tak pernah lagi rasa sayang sangat dekat orang selain family.. he is the best future husband.. amin.. amin kan cepat gaisss.. hehe..Sepanjang aku disisih classmate,aku Cuma ada hubby.. oh lupa.. nama dia Mohd Syafiq Aizat bin Amran.. my one and only hubby,darling,intan payung,buah hati,pakwe,best friend , best future husband, best listener, best joking partner, best movie partner dan best kaki makan partner.. Dia cakap dia tak kisah aku gemuk..comel katanya.. hahaha.. elehhhhh... Dia tak romantik.. bendul.. tapi ada satu ayat yang buat aku sayang dia tiap hari.. “hubby nak jaga sayang sampai mati”.. Cuma dengan ayat tu dah buat aku tak keruan.. haha.. Banyak sangat benda yang aku cuba dengan dia sem ni..And mostly makanan laa.. hahaha.. Cuma kehadiran syafiq aizat ja yang buat aku tersenyum dan gelak sepanjang tahun 3 ni.. yang lain hampeh..

Ok dah.. panjaang betul menaipnya.. hubby dah nak siap kemas barang..aku pun nak angkut barang-barang turun..lepaih sahur dah nak bertolak.. so sampai sini ja ok perkongsian kali ni.. byeeee.....

Friday, October 9, 2015

Luahan malam

Dear blog,

Hari ni rasa nak meluah pulak kan? hmm.. tetiba fefeeling lebih pulak malam ni..btw,dah sebulan lebih aku start semester baru.. pejam celik pejam celik dah third year dah aku ni..dah tua kan? tapi tak la setua am..haha.. ok joking.. ok..let me start dengan yang paling happy event yang terjadi sepanjang semester baru ni ek.. first,baru-baru ni aku ada masuk unimap pop start sempena festival konvokesyen unimap ke-10..tak menang pun.. tapi boleh la advanced ke final..alhamdullilah..that's mean aku menyanyi sedap la jugak kan? huhuhu.. aku bawak lagu menaruh harapan- zaiton sameon.. haaa,,fefeeling 90-an bhaaiii... orang lain semua lagu baru..aku ja hentam nyanyi lagu lama.. ahhh,lantak la tu semua..janji masuk final.. masa audition tu housemate aku ada la sokong.. then masa final semua housemate ada.. terharu..sumpah terharu..then,dengan classmate lagi ada.. aku terharu dengan yang perempuan ja laa.. pas tu ada la makhluk yang tak diundang mai jugak.. tapi tak pa..abaikan dia sebab khemah festkon tu bukan aku punya.. tak penting pun nak bercakap pasai dia..ok done with part 1..

second event,tau kan AMAN CENTRAL MALL kat kedah baru bukak?? yang besar gila nak mati tu laa.. tapi tak complete lagi..sebab wayang pun tak bukak lagi.. aku pi la tengok dengan kawan laki aku.. berdua..classmate ok classmate,,jangan nak serong sangat.. asalnya dia ajak pi tengok tempatan fest ja kat taman jubli emas tu.. elok ja sampai,,kosong ja tempat tu..hareeeiii...khemah pun ada berapa ketui jaa..sumpah tak meriah..macam nak maki-maki jaa... then,,elok dah naik kereta si S ni tanya,,"nak pi aman central dak dah alang-alang kat luar ni"..  aku pun ikutkan ja laa.. ya laa..tak kan nak balik kan? siapa si S? haaa... dia ni actually classmate aku.. selalu jugak keluar sekali..tapi selalu nya tengok wayang dan tak pernah keluar berdua..tapi hari tu,,kami berdua jaa...awkward la jugak kan sebab dia jenis tak banyak cakap..selalu tengok fon..tapi disebabkan aku punya kehebatan sesat jalan,,ada la jugak topik untuk kami bergelak.. hahaha.. kalau dak sumpah pishaaannggg dalam kereta tu.. haha..sampai ja aman central,,fuhhhhh...jem gila babi.. paling win ahhh... kalah penang woiii... lebih kurang sejam jugak la cari parking n sangkut dalam jem..aku dah nak give up dah.. tapi disebabkan si S beria sangat,,aku tak sampai hati nak reject.. aku ni kan mudah lembut hati..sebab tu selalu digunakan..haha.. masuk ja dalam mall,,si S ni memang kaki shopping..dia punya window shopping tu bukan minit-minit,,tapi berjam..lenguh kaki aku wei!! haha..end up beli fippers ja sepasang..haha.. then lepas keluar mall tu ada la peristiwa memalukan jadi tapi aku tak mau cakap kat sini..biarlah rahsia..hahaha..pas tu kitaorang singgah makan dekat TAT nasik ayam..perghhhh sumpah sedap wei..sedap gila-gila..mahai la jugak rm5 sepinggan..tapi berbaloi gila..haha..ok done with part two..

ok..yang tu selesai part cerita yang sebelum ni..sekarang nak cerita yang malam ni pulak..tadi whatsapp dengan bff irna..cakap la pasal kes dia dengan arif(crush irna) ..then tetiba irna cakap macam ni,,"farah,,ang ni kena kapel cepat ni..ambik ja la am tu.." errrr,,,btw aku ni nampak macam desperate sangat ka? haha.. pas tu dia nak bagi kawan co-pilot dia pulak..ehh,,,tak mau aku..aku tak boleh la kapel dengan lelaki yang lagi rendah dari aku.. awkward.. lagi pun nanti apa orang cakap kan? kesian laki tu dapat makwe besaq macam giant..perghhh..padu.. pas tu irna cakap,,"ang la jadi laki..biaq pakwe ang jadi perempuan..ang kan memang macam dua alam sikit.." perghhhh...padu lagiiiii... aku ni nampak macam laki sangat ka? tau tak,,aku nak sorang laki yang layan aku sebagai perempuan walaupun dia tau aku ni kasaq kalah jalan tar..haha.. irna tak faham tu.. hakikatnya semua orang tak faham tu..tak kan ada pun orang yang faham.. haha..tapi tak apa,,abaikan.. aku masih hidup tu pun dah kira bersyukur sesangat.. ^^

tu jaa yang aku nak cakap malam ni.. huhuhu.. lenguh tangan menaip.. nanti i cerita lagi ye u'ols..

Wednesday, August 5, 2015

Cuti semester

ok..aku cuti ni tak buat apa pun..haha..ringkas dan tepat..btw,,aku sekarang tengah gila ONE PIECE..kalau ada sesapa yang minat jugak share-share la sikit.. aku suka ACE..Strawhat crew aku suka zoro & sanji..Bukan tak suka luffy..suka jugak..tapi tu laa,,tak brapa fav sangat kot..tapi ace special case..crush anime mungkin..aku pelik?rasanya tak kot..rasanya setiap otaku mesti ada at least sorang crush anime..hahahaha..selain one piece,aku spend masa dengan dua ketui best friend yang selalu ada jaa benda nak gelak,nak gaduh..hahaha.. tak tak paa,,nanti baik pulak.. karok la..wayang laa..shopping laa..semua laa.. tapi orang yg sama..kenapa??sebab aku tak kawan lain dah..ni jaa yang ada..tapi tak pa..kawan baik ramai pun tak guna jugak..btw,,aku paling tak suka kawan baik lelaki..kenapa??tanya la diri anda.. haha.. status sekarang?mesti la SINGLE and AVAILABLE..kenapa?sebab aku letih..letih berlari..letih mengubati hati sendiri.. biar lah aku rehat sat..tarik nafas and maybe boleh start over..
Dan kepada "awak",awak tau sapa diri awak..stop la baca blog ni..nanti makwe awak marah.. awak la orang yg paling tak layak tau apa yang saya buat dalam kehidupan seharian..tolong jaga makwe awak elok-elok..cakap kat dia saya tak mau pun kat laki dia.. tak payah nak rasa insecure sangat..saya tau saya cantik tapi saya bukan perampas..terima kasih..

Nah,,belanja pic outing..yang ni kalau sempat wefie..outing yang tak sempat tu halalkan laa.. huhuhuhu..




Saturday, May 9, 2015

Mendongak ke langit

Tiap hariku kini seakan pantas berlalu,
Mendongak ke langit se olah olah 
kau juga sedang memerhati tempat yang sama,
Mungkinkah kita akan bersua lagi?
Mungkinkah takdir itu milik kita?
Seperti hari itu yang seakan mimpi bagiku,
Tersenyum aku mengenangkan sikap mu yang bersahaja,
Disaat yang lain berlalu,
Aku masih mendongak ke langit
Dengan harapan kau juga memikirkan ku,
Mungkinkah aku terlalu ingin bercinta?
aku juga tidak pasti,
Setelah yang lain hanya meninggalkan duka dihati,
Kau muncul mengubati,,
Aku sepertinya sembuh dari segala luka lama,
Seandainya kau bukan juga yang ditakdirkan seperti yang lain,
Aku tak mengapa,
Kerana kau telah memberi sebuah memori indah,
Cukup indah kiranya bagi ku untuk melupakan "mereka"..
Namun,apa yang ku tahu,
tika ini kau yang menghuni hati ini..
Tiada yang lain..