Sunday, January 12, 2014

My Journey in this 20years

2014... tahun semakin mendaki menandakan usiaku makin meninggi..masa berjalan tanpa kita sedar.. kini,genap 20tahun aku melihat dunia.. pelbagai manusia yang ku temui.. banyak ragam yang ku tempuhi.. semua berlainan sama sekali..

  Pada mulanya di tadika kemas kampung Guar Kepayang Kedah.. Disitu aku belajar mengenal huruf dan tulisan.. mengenal siapa itu insan bergelar guru..sungguh penyabar orang nya.. aku seperti biasa,seorang kanak-kanak perempuan yang dibesarkan seperti anak lelaki..aku tidak pernah mengenal erti anak patung atau masak-masak.. cuma permainan fizikal yang menarik minatku.. Aku juga tidak mengenal apa itu baju "dress" atau "skirt"..tahuku hanya seluar.. anehkan?? tapi aku menyukainya..selesa mungkin untuk berlari..

  Hari demi hari aku semakin membesar..seperti kanak-kanak yang lain aku kini di sekolah rendah.. Hari pertama ku dipenuhi dengan permainan.. tiada kenal erti belajar..Namun,ketika aku di darjah 4,aku mula berusaha bagi bersedia menghadapi UPSR.. mungkin kelihatannya terlalu awal.. tapi itu la rutin seharian ku.. masih ku ingat lagi peristiwa dimana abah begitu marah kerana keputusanku tidak memuaskan dimatanya.. aku dilarang menonton televisyen mulai saat itu.. tidak seperti kanak-kanak lain aku hanya menatap bukuku selama 3 tahun.. tiada hiburan.. Pada mulanya protes sentiasa menguasai hati,namun lama-kelamaan ianya seperti sudah sebati dengan ku.. pada ketika itu aku seorang budak yang mempunyai fizikal yang sangat gempah.. hal ini kerana kurang bermain dan hanya berada dimeja belajar.. kalau sudah bosan menjamah buku,,aku akan ke katil.. itulah hari-hari ku.. aku lalui tanpa rungutan.. setelah aku menduduki UPSR,aku hanya memperolehi 4A 1B sahaja.. kecewanya bukan kepalang kerana keringatku selama 3tahun tidak seperti yang ku inginkan.. malah keinginan ku untuk ke MRSM juga terkubur..

   Seterusnya aku menyambung pelajaran ku ke SMK Convent Butterworth.. Alam remaja.. Bagi remaja lain,pada peringkat inilah mereka mengenal dunia dan mungkin ada yang tersangkut "cinta monyet"..Namun aku masih lagi Farah Shazwani yang hidup seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan..setiap pergerakan ku dikawal ketat oleh kedua orang tuaku.. tiada istilah mall dalam hidupku ketika itu.. tiada teman lelaki.. dan seperti yang anda semua tahu convent merupakan sekolah yang cuma ada pelajar perempuan sahaja.. aku tidakdibenarkan ke sekolah campur..Walaupun aku tidak sesosial orang lain tapi result aku tidaklah begitu teruk.. PMR aku mendapat 6A2B dan SPM 6A3C... Cita-citaku ingin menjadi doktor.. ingin mengenali dunia..

   Setelah mendapat keputusan SPM,,aku ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. Modul tiga.. aku sangat teruja memandangkan cita-citaku semakin hampir dalam genggaman.. Namun aku hanyut dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan.. aku leka terhadap perjuanganku.. aku terhanyut dengan perasaan ku sendiri.. pointerku hanya 3.43 .. tidak cukup untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan.. aku pasrah..

  Setelah lama ku berehat dirumag,,aku mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis.. aku mendapat program Manufacturing Engineering.. Ya allah,,tidak pernah terlintas dibenakku untuk menjadi seorang jurutera.. aku menolak sekerasnya.. Namun kerana pujukan dan harapan kedua orang tuaku,,aku akur dengan nasib diri..Kini aku sah menjadi pelajar kejuruteraan di UNIMAP..

Sekian.......

No comments:

Post a Comment