Saturday, January 25, 2014

Inilah aku...

Aku sudah terbiasa dengan penghinaan,
Sudah lali dengan ejekan,
Sudah sebati dengan cacian,
Hanya kerana aku berbadan besar,
Salah kah aku di cipta oleh tuhan begini?
Hina sangatkah ciptaan ini?
Bukan ingin ku dendam,
Cuma meluah rasa hati yang terkadang sendu,
Bagiku setiap wanita mempunyai caranya sendiri,
Soal siapakah jodoh yang bisa menerima 
kekuranganku usahlah di permainkan,
Aku bukan seperti kalian yang mementingkan kesempurnaa,
Kerna aku tahu aku bukanlah secantik bidadari,
Aku hanyalah aku yang serba ringkas di pikiran,
Aku hanyalah aku yang sentiasa tersenyum,
Jangan lah kau mempersoal mengapa,
Kerna aku hanyalah aku.. :)

1 comment:

  1. awak cantik n comel ape.yg mnghina tu jeles.xyah d fikirkn ckp org.

    ReplyDelete