Wednesday, January 29, 2014

Kita hanya Kawan..

Aku ada sorang kawan laki ni.. Nama dia Zul.. Actually,aku ada banyak kawan nama zul.. Zul iqram,zul syafiq,zul kamal,zul ariff,zul fikri dan banyak lagi la zul..Dan zul yang aku maksudkan ni salah sorang dari nama yang aku mention..Zul ni sama umur dengan aku.. Baik dan sopan orang nya.. Kami dah berkawan biasa sejak tahun lepas lagi.. Masa first time kami berkenalan dia memang pernah cakap dia suka aku.. Tapi aku cakap aku tak suka dia.. Aku nak fokus belajar dulu.. Pas tu dia cakap dia akan tunggu aku.. Aku pun buat tak endah ja laa.. Serius memang aku tak dak perasaan kat dia.. Aku just anggap dia kawan biasa.. Dia memang baik.. Tapi terlalu baik sampai buat aku menyampah..

  Dia selalu wechat dan mesej aku tiap hari.. kalo aku tak reply dia tak marah.. Macam-macam alasan aku bagi sebab nak elak wechat dia.. Tapi dia still send wechat.. Kalau pagi,"Assalamualaikum awk,gud morning".. Kalau tengah hari,"assalamualaikum..dh mkn?".. Kalau malam,"assalamualaikum.. gud night..".. Apakah ini semua?? Aku rimas ok! rimas!! Aku pun perlukan masa untuk diri sendiri.. Kalau tak reply kesian pulak.. Bila aku taip mesej nak marah,, aku padam balik.. sebab aku tak sanggup nak lukakan hati dia.. Dia tersangat la baik.. Aku pun tak sampai hati nak marah.. Jadi aku biarkan saja..

  Aku bukan memilih.. macam dia selalu cakap.. Dia tahu dia tak boleh sambung degree macam aku sebab tu aku tak terima dia.. Bukan.. aku tak kisah pun dia ada degree atau tak.. Yang menjadi masalahnya sekarang,aku memang tak dak perasaan kat dia..

Kepada zul,
Saya suka berkawan dengan awak.. awak baik sangat.. awak tak macam laki lain.. awak jaga setiap perkataan awak.. Tapi saya mintak maaf.. saya tak ada sikit pun perasaan yang lebih dari kawan terhadap awak.. berhenti la dari tunggu saya.. kita kawan seperti biasa.. Percaya pada jodoh.. Kalau berjodoh tak kan kemana..Sekarang bukan masa yang sesuai.. saya nak bina hidup saya sendiri dulu.. Kalau lepas ni saya tak reply mesej atau wechat awak,saya minta maaf.. saya jugak ada hidup dan masa saya.. maaf..

Sunday, January 26, 2014

Kata rindu

Dia muncul lagi.. Mengucapkan kata rindu..
Aku tak bisa mentafsir mindanya..
Siapa sebenarnya aku di hati juga di mata nya..
Aku tak bisa membaca makna setiap tulisannya..
Yang hampir tiap malam ku robek akal sendiri..
Hanya ingin mencari makna sebenar disetiap kalimahnya..
Aku masih mencari di mana keikhlasan dari katanya..
Mungkinkah hanya bersandiwara cuma?
Tuhan,mohon aku agar Kau turunkan malaikatmu
buat membisik kalbu bahawa aku masih keliru..
Nyata bulan tak akan jatuh ke bumi..
Namun aku masih meneliti kejujuran dari matamu..
Buat kau mengerti apa yang ingin ku mengerti..


Saturday, January 25, 2014

Inilah aku...

Aku sudah terbiasa dengan penghinaan,
Sudah lali dengan ejekan,
Sudah sebati dengan cacian,
Hanya kerana aku berbadan besar,
Salah kah aku di cipta oleh tuhan begini?
Hina sangatkah ciptaan ini?
Bukan ingin ku dendam,
Cuma meluah rasa hati yang terkadang sendu,
Bagiku setiap wanita mempunyai caranya sendiri,
Soal siapakah jodoh yang bisa menerima 
kekuranganku usahlah di permainkan,
Aku bukan seperti kalian yang mementingkan kesempurnaa,
Kerna aku tahu aku bukanlah secantik bidadari,
Aku hanyalah aku yang serba ringkas di pikiran,
Aku hanyalah aku yang sentiasa tersenyum,
Jangan lah kau mempersoal mengapa,
Kerna aku hanyalah aku.. :)

Jom naik Penang Hill

 Ok.. Untuk post malam ni aku nk kongsi dengan korang beberapa keping gambar dari Penang Hill atau pun Bukit Bendera.. Masa untuk menaiki bukit ini menggunakan kereta api kabel adalah dalam lingkungan 5-10 minit sahaja.. Maklum la semua telah di perbaharui.. Dah ada aircond dalam tu.. Kalo masa aku umur 2 tahun,mama aku kata setengah jam dalam kereta api tu.. Sekarang dah maju..Kalau korang nak naik kereta api kabel ni harga nya RM8 untuk dewasa,RM4 untuk pelajar dan kanak-kanak..Masa operasi pulak hari biasa 6am-10pm.. Hari minggu/public holiday 6am-11pm..Kat sini nak hiking pun boleh.. tu pun kalau rajin laa.. haha.. Atas tu pulak ada restoran dan owl musium.. Aku rasa tempat ni seronok untuk orang yang suka nature.. Kalau untuk nak bersuka-ria dengan kawan-kawan macam tak kena jaa.. Apa-apa pun kalau mai Penang cuba la naik.. cuaca tak la sejuk macam Cameron Highland tu.. tapi nyaman la juga sebab ada banyak pokok..huhu..

Ini untuk pengetahuan kalian merupkan trek kereta api kabel di Bukit Bendera/Penang Hill

Permandangan dari atas Penang Hill..Kita dapat melihat seluruh Penang di bahagian pulau


Thursday, January 23, 2014

Takdir

Kadang-kadang apa yang kita mahu tak semestinya menjadi milik kita..Walaupun sekuat mana pun kita usahakan.. Bagi aku hidup ini penuh dengan takdir dan nasib.. Setiap perlakuan dan percakapan kita pada hari ini akan memberi kesan kepada kita pada episod yang akan datang.. Aku akui hidup ini terlampau rumit untuk di tempuhi.. Namun,sebagai manusia biasa kita perlu tabah..

  Seperti kalian,,aku juga mempunyai segunung impian yang ingin ku capai sejak dari kecil.. Pelbagai bentuk kehidupan telah ku rancang.. Tapi semua nya tidak berjalan mengikut kehendak ku.. Kesedihan dan kekecewaan bukan lagi perkara asing dalam hidup aku.. Selalu saja di duga dengan pelbagai bentuk ujian.. Seperti yang pernah aku katakan cita-citaku ialah menjadi seorang doktor.. aku benci terhadap jurutera.. Tiada langsung minatku ke arah bidang jurutera.. Namun,takdir mempersendakan aku.. Aku mendapat tawaran Universiti dalam bidang yang paling ku benci.. Kejuruteraan..
   
   Mungkin tuhan ingin tunjukkan bahawa setiap yang kita benci pasti akan kembali kepada kita.. Sama seperti aspek jodoh kiranya.. banyak yang aku dengar "Jangan terlampau benci kerana mungkin orang yang kita benci itu merupakan jodoh kita" .. Aku berfikir sejenak.. Mungkin benar mungkin juga tidak.. Ianya bergantung juga kepada nasib seseorang.. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak memikirkan soal itu lagi.. Biar la takdir membawa aku kepada insan yang bakal bergelar jodoh itu.. Aku lelah dipermainkan oleh nasib.. Maaf seandainya aku pernah menyakiti sesiapa..

Sunday, January 12, 2014

My Journey in this 20years

2014... tahun semakin mendaki menandakan usiaku makin meninggi..masa berjalan tanpa kita sedar.. kini,genap 20tahun aku melihat dunia.. pelbagai manusia yang ku temui.. banyak ragam yang ku tempuhi.. semua berlainan sama sekali..

  Pada mulanya di tadika kemas kampung Guar Kepayang Kedah.. Disitu aku belajar mengenal huruf dan tulisan.. mengenal siapa itu insan bergelar guru..sungguh penyabar orang nya.. aku seperti biasa,seorang kanak-kanak perempuan yang dibesarkan seperti anak lelaki..aku tidak pernah mengenal erti anak patung atau masak-masak.. cuma permainan fizikal yang menarik minatku.. Aku juga tidak mengenal apa itu baju "dress" atau "skirt"..tahuku hanya seluar.. anehkan?? tapi aku menyukainya..selesa mungkin untuk berlari..

  Hari demi hari aku semakin membesar..seperti kanak-kanak yang lain aku kini di sekolah rendah.. Hari pertama ku dipenuhi dengan permainan.. tiada kenal erti belajar..Namun,ketika aku di darjah 4,aku mula berusaha bagi bersedia menghadapi UPSR.. mungkin kelihatannya terlalu awal.. tapi itu la rutin seharian ku.. masih ku ingat lagi peristiwa dimana abah begitu marah kerana keputusanku tidak memuaskan dimatanya.. aku dilarang menonton televisyen mulai saat itu.. tidak seperti kanak-kanak lain aku hanya menatap bukuku selama 3 tahun.. tiada hiburan.. Pada mulanya protes sentiasa menguasai hati,namun lama-kelamaan ianya seperti sudah sebati dengan ku.. pada ketika itu aku seorang budak yang mempunyai fizikal yang sangat gempah.. hal ini kerana kurang bermain dan hanya berada dimeja belajar.. kalau sudah bosan menjamah buku,,aku akan ke katil.. itulah hari-hari ku.. aku lalui tanpa rungutan.. setelah aku menduduki UPSR,aku hanya memperolehi 4A 1B sahaja.. kecewanya bukan kepalang kerana keringatku selama 3tahun tidak seperti yang ku inginkan.. malah keinginan ku untuk ke MRSM juga terkubur..

   Seterusnya aku menyambung pelajaran ku ke SMK Convent Butterworth.. Alam remaja.. Bagi remaja lain,pada peringkat inilah mereka mengenal dunia dan mungkin ada yang tersangkut "cinta monyet"..Namun aku masih lagi Farah Shazwani yang hidup seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan..setiap pergerakan ku dikawal ketat oleh kedua orang tuaku.. tiada istilah mall dalam hidupku ketika itu.. tiada teman lelaki.. dan seperti yang anda semua tahu convent merupakan sekolah yang cuma ada pelajar perempuan sahaja.. aku tidakdibenarkan ke sekolah campur..Walaupun aku tidak sesosial orang lain tapi result aku tidaklah begitu teruk.. PMR aku mendapat 6A2B dan SPM 6A3C... Cita-citaku ingin menjadi doktor.. ingin mengenali dunia..

   Setelah mendapat keputusan SPM,,aku ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. Modul tiga.. aku sangat teruja memandangkan cita-citaku semakin hampir dalam genggaman.. Namun aku hanyut dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan.. aku leka terhadap perjuanganku.. aku terhanyut dengan perasaan ku sendiri.. pointerku hanya 3.43 .. tidak cukup untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan.. aku pasrah..

  Setelah lama ku berehat dirumag,,aku mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis.. aku mendapat program Manufacturing Engineering.. Ya allah,,tidak pernah terlintas dibenakku untuk menjadi seorang jurutera.. aku menolak sekerasnya.. Namun kerana pujukan dan harapan kedua orang tuaku,,aku akur dengan nasib diri..Kini aku sah menjadi pelajar kejuruteraan di UNIMAP..

Sekian.......