Tuesday, November 20, 2012

ku undur diri..

Wahai putera ku.. malam ini aku terlalu merindu kamu.. rindu ini kian menjadi tatkala ku renung gambar mu di diary ku.. apa khabar kamu di sana?? bahagiakah kamu dengan dia?? tidak rindu kah engkau pada ku?? ya tuhan.. mengapa soalan ini acap kali muncul di benak ku?? apakah aku masih mencintainya?? yaa.. aku masih mencintai nya.. cinta yang tak kan pernah padam.. mengapa begitu susah untuk ku singkirkan kamu?? aku juga ingin bahagia seperti dia.. namun aku tak bahagia tanpa dia.. wahai hati,,pujuk la dirimu.. jangan kau suka pada dia.. dia sudah berpunya.. aku tak berhak menyimpan perasaan kepadanya lagi..wahai mata,,henti kan la tangisan mu.. biarkan dia bersama puteri nya.. kau hanya pipit yang tak kan pernah bisa terbang bersama enggang.. mereka begitu menyempurnakan diri masing-masing.. siapa la aku untuk memisahkan mereka?? aku hanya ibarat pungguk yang menunggu sang bulan yang tak kan pernah bisa jatuh ke riba.. aku percaya takdir dan jodoh.. biar masa yang menentukan untuk aku lupakan kamu.. ya,,aku perlu waktu.. waktu untuk menanggal kan setiap perasaan yang pernah ku titip buat kamu.. semoga kau sihat selalu.. jangan sakit kerana selepas ini tiada lagi aku untuk mengubati mu.. semoga kau bahagia selalu.. jangan bersedih kerana selepas ini tiada lagi aku untuk menemani mu.. aku undur diri dulu.. maaf atas segala perasaan ku yang ku sembunyikan dari kamu,,putera ku.. ^^

No comments:

Post a Comment