Wednesday, August 5, 2015

Cuti semester

ok..aku cuti ni tak buat apa pun..haha..ringkas dan tepat..btw,,aku sekarang tengah gila ONE PIECE..kalau ada sesapa yang minat jugak share-share la sikit.. aku suka ACE..Strawhat crew aku suka zoro & sanji..Bukan tak suka luffy..suka jugak..tapi tu laa,,tak brapa fav sangat kot..tapi ace special case..crush anime mungkin..aku pelik?rasanya tak kot..rasanya setiap otaku mesti ada at least sorang crush anime..hahahaha..selain one piece,aku spend masa dengan dua ketui best friend yang selalu ada jaa benda nak gelak,nak gaduh..hahaha.. tak tak paa,,nanti baik pulak.. karok la..wayang laa..shopping laa..semua laa.. tapi orang yg sama..kenapa??sebab aku tak kawan lain dah..ni jaa yang ada..tapi tak pa..kawan baik ramai pun tak guna jugak..btw,,aku paling tak suka kawan baik lelaki..kenapa??tanya la diri anda.. haha.. status sekarang?mesti la SINGLE and AVAILABLE..kenapa?sebab aku letih..letih berlari..letih mengubati hati sendiri.. biar lah aku rehat sat..tarik nafas and maybe boleh start over..
Dan kepada "awak",awak tau sapa diri awak..stop la baca blog ni..nanti makwe awak marah.. awak la orang yg paling tak layak tau apa yang saya buat dalam kehidupan seharian..tolong jaga makwe awak elok-elok..cakap kat dia saya tak mau pun kat laki dia.. tak payah nak rasa insecure sangat..saya tau saya cantik tapi saya bukan perampas..terima kasih..

Nah,,belanja pic outing..yang ni kalau sempat wefie..outing yang tak sempat tu halalkan laa.. huhuhuhu..




Saturday, May 9, 2015

Mendongak ke langit

Tiap hariku kini seakan pantas berlalu,
Mendongak ke langit se olah olah 
kau juga sedang memerhati tempat yang sama,
Mungkinkah kita akan bersua lagi?
Mungkinkah takdir itu milik kita?
Seperti hari itu yang seakan mimpi bagiku,
Tersenyum aku mengenangkan sikap mu yang bersahaja,
Disaat yang lain berlalu,
Aku masih mendongak ke langit
Dengan harapan kau juga memikirkan ku,
Mungkinkah aku terlalu ingin bercinta?
aku juga tidak pasti,
Setelah yang lain hanya meninggalkan duka dihati,
Kau muncul mengubati,,
Aku sepertinya sembuh dari segala luka lama,
Seandainya kau bukan juga yang ditakdirkan seperti yang lain,
Aku tak mengapa,
Kerana kau telah memberi sebuah memori indah,
Cukup indah kiranya bagi ku untuk melupakan "mereka"..
Namun,apa yang ku tahu,
tika ini kau yang menghuni hati ini..
Tiada yang lain..

Wednesday, December 31, 2014

Buku baru..

Hari ini..malam ini.. muka surat terakhir perjalanan hidup aku di 2014.. maka,,kan ku tutup buku ini dengan senyuman..selamat datang 2015.. 2014,,aku tinggalkan dikau dengan segala kenangan pahit manis ku..kenangan bersama dia.. ah,,dia yang berjaya mencuri tumpuan ku..dia yang berjaya membuat ku separuh mati merindui..dia yang berjaya merampas tidur lena ku..masih syg kah aku padanya..?hati di robek dengan soalan yang makin menghantui.. tak...tak mungkin lagi aku dengannya..dia milik org lain..siapa la aku untuk menjadi yang ketiga dalam kisah mereka..dalam sesebuah kisah cinta,hanya mampu mempunyai 2 watak.. aku doakan mereka bersama.. selamanya.. 

tulus ikhlas dari hati....ku tinggal kan segala nya dibelakang.. dia?? dia juga kan ku semadikan dalam kotak memori ku seperti yang lain.. 



Monday, December 15, 2014

Happy Birthday!

Picture of the day!!
Dalam bebanyak gambaq,,gambaq ni jugak aku suka..
with kakak aina mardia yang cantik..
p/s:dia dah berpunya! haha
JERITAN ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-20!!!

Happy Birthday to me,,
Happy Birthday to me,,
Happy Birthday to Farah Shazwani,,
Happy Birthday to me..

Hari ni birthday aku..ramai yang wish.. kawan kelas tu normal la kan? kalo sorang ingat,,mesti semua nak wish.. Tapi yang bukan sekelas ni.. thank sebab masih ingat aku..walau pun tak berapa rapat.. ada yang dah setahun tak contact pun wish tadi.. kak fatin,,syasya,alysa.. thanks.. parents? mesti la lagi awai.. semalam lagi dah wish.. Pastu,,yang tak dak kena mengena pun wish.. thanks zul.. haha.. oh lupa! kak shera berbaju kurung biru belanja burger hari ni.. terima kasih bebanyak kakak hot stuff.. ok,,kalau sesapa dah baca post yang tadi sorry.. bella..,tak marah pun..dia... prank! perghh.. habis baju aku.. dah la baru sudah mandi.. dengan cream kek la,,dengan bedak laa..nasib baik masa nak curah air tadi aku sempat ngelak..perghhh.. ketaq baq hang..masa zatie whatsapp tu aku dah tau dorang nak pekena.. slow ja turun tangga.. tapi dah orang beli kek bagai,,masuk ja la dalam rumah tu.. buat-buat macam innocent sikit.. sekali... ambik..innocent tak kena tempat.. padah!

Kek..terima kasih bella,,zatie dan housemate bella..



Ni la kek yang naik sampai ke atas kepala aku.. hahaha..macam comel ja kan?haaa,,cuba ampa layuq ataih kepala tengok..perghhh..ni syampoo sebulan pun abis bau ni.. haha.. apa pun terima kasih semua.. sumpah terharu.. bella and zatie laa.. dari pagi berlakon sinetron murahan dengan aku.. siap tak pandang muka lagi..

to bella,,
terima kasih..sorry touching lelebih dengan ang tadi..sebab aku sedih sangat bila ang tak cakap dengan aku..ang kawan aku kat unimap..orang paling penting and paling aku sayang.. tak dak dah orang lain boleh ganti tempat ang.. kalau aku ada buat ang terasa,,aku mintak maaf..aku sayang ang..

to zatie,,
welcome to the group zatie.. mungkin dulu aku macam jeles tengok ang dengan bella.. tapi sekarang dak dah... mungkin aku kena belajaq terima orang lain sama dalam hubungan persahabatan aku and bella.. selamat menjadi orang penting dalam hidup aku.. aku sayang ang jugak tie.. welcome! ><

Wednesday, December 10, 2014

aku tak mengapa..

Hati..sukar untuk ku tafsir..
Mengapa dia yang kau pilih?
Sakit..jiwa meronta mencari alasan,
alasan untuk terus berbicara..
Hati..pujuk la diri..
Jangan biarkan mereka tahu kau luka berdarah..
Bibir..senyum kembali..
Jangan biarkan rasa ini kembali..
Biarlah aku muncul sebagai mimpi..
Yang hilang tiap kali terjaga..
Yang cuma bersua bila malam mendatang..
Yang tak kan dapat disentuh realiti..
Biarlah aku muncul sekadar menghibur..
Mengubat hatimu disaat aku diperlukan..
Jika ditanya,,
dengan tersenyum akan terjawab,,
''aku tak mengapa"..

Friday, November 21, 2014

Throwback

tengah buat throwback..bukak facebook kengkawan sekolah.. best friend ja laa.. tetiba rasa sebak..rindu.. rindu sangat.. irna,wan,dean..semua laa.. and paling-paling rindu,,irna la..the very best friend forever.. rindu ang wei.. masa dah berubah kan? semua dah berubah.. everything.. dean sekarang dah tak tomboy..dah cantik..hot stuff lagi..wan still macam dulu..hensem sentiasa.. and irna,,makin matang..makin cantik.. makin berjaya..dan makin jauh dari aku.. aku? still farah yang sama.. paling emo dan paling tinggi..haha.. aku rindu ampa wei!!!!! ok..ter"emo" lagi.. bye!
Jamuan akhir tahun 2010.. Masa ni aku tengah sakit..nak enjoy pon macam tak best ja.. ni satu-satunya pic aku hari tu..with wan dania..abg hensem..haha><
Majlis perpisahan puan chew.2011


Irna.. dulu comot ja..skrang dah cantik..

2011 irna..

KL trip 2010

KL trip with julia dan syazni

Open house 2009 with dean dan irna
Outing 2010 wan dan dean
Tarik tali rumah sukan 2011

This is so true.. haha


Tuesday, November 11, 2014

Kata aku

Sendirian ku dikesunyian malam,
Dikala angan mulai melayang,
Ku ikat rapi kembali angan itu,
Supaya tidak terheret aku ke dalam kegelapan ini,
Terkilas hati suatu nama,
Tersenyum sendirian..
Selalu ku terbayang nama yang sering muncul itu,
Segala kelakuan yang mencuit naluri wanitaku,
Tersenyum lagi bibir ini,
Kali ini senyum itu singgah tidak lama,
Penyesalan mulai menghitami minda,
Bodohnya aku termakan sandiwaranya,
Terkadang mesranya mengundang suka,
Terkadang dinginnya meninggalkan tanda tanya,
Dan kesalan itu tidak dapat ku rungkai semudah ku sangka,
Aku tertindas lagi,
Tertindas dengan perasaan yang ku sendiri tidak pasti,
Suka kah aku dengan kehadirannya?
Benci kah aku dengan kehilangannya?
Malam seakan memahami bait bicaraku,
Biarkan aku bersemadi bersamanya..
Aku terluka lagi...........

Saturday, November 8, 2014

Maksud..

Apa maksud SUKA??
Apa maksud SAYANG??
Apa maksud CINTA??

Suka adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan..
Sayang adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan..
Cinta adalah kau akan menemaninya bila kau tak peduli bagaimana pun keadaan mu..

Dah terjawab semua persoalan yang berlegar kan? kalo dia yang disayang,,pilih la dia..kalo dia yang di cinta pilih la dia.. Suka tu cuma sementara..mudah datang dan mudah pergi.. :)


Tuesday, April 1, 2014

Kegusaran

Keindahan malam ini sungguh sukar untuk ku tafsir,
Kerdipan kelip-kelip menghias pandangan,
Langit cerah tidak lagi melindung bulan,
Keharuman rumput kehijauan,
Melihat insan yang berlalu lalang di hadapan ku,
Masing-masing dengan misi diri,
Masing-masing mengejar masa yang makin suntuk
di telan arus malam ini,
Aku masih memerhati setiap dari mereka,
Tidak menghiraukan ketinggalan malam,
Kerna aku sudah larut bersama nya,
Pepohon hijau mula menari dihembus angin,
Aku terhenti seketika,
Berhenti menikmati angin yang ku rasa bisa membawa 
kegusaran ku pergi,
Terlalu banyak yang ku cuba menilik,
Setiap satunya masih menjadi permainan memori,
Aku terkandas lagi,
Semoga hari esok bisa ku bebas dari penjara hati yang kian 
merobek diri..