Friday, November 21, 2014

Throwback

tengah buat throwback..bukak facebook kengkawan sekolah.. best friend ja laa.. tetiba rasa sebak..rindu.. rindu sangat.. irna,wan,dean..semua laa.. and paling-paling rindu,,irna la..the very best friend forever.. rindu ang wei.. masa dah berubah kan? semua dah berubah.. everything.. dean sekarang dah tak tomboy..dah cantik..hot stuff lagi..wan still macam dulu..hensem sentiasa.. and irna,,makin matang..makin cantik.. makin berjaya..dan makin jauh dari aku.. aku? still farah yang sama.. paling emo dan paling tinggi..haha.. aku rindu ampa wei!!!!! ok..ter"emo" lagi.. bye!
Jamuan akhir tahun 2010.. Masa ni aku tengah sakit..nak enjoy pon macam tak best ja.. ni satu-satunya pic aku hari tu..with wan dania..abg hensem..haha><
Majlis perpisahan puan chew.2011


Irna.. dulu comot ja..skrang dah cantik..

2011 irna..

KL trip 2010

KL trip with julia dan syazni

Open house 2009 with dean dan irna
Outing 2010 wan dan dean
Tarik tali rumah sukan 2011

This is so true.. haha


Tuesday, November 11, 2014

Kata aku

Sendirian ku dikesunyian malam,
Dikala angan mulai melayang,
Ku ikat rapi kembali angan itu,
Supaya tidak terheret aku ke dalam kegelapan ini,
Terkilas hati suatu nama,
Tersenyum sendirian..
Selalu ku terbayang nama yang sering muncul itu,
Segala kelakuan yang mencuit naluri wanitaku,
Tersenyum lagi bibir ini,
Kali ini senyum itu singgah tidak lama,
Penyesalan mulai menghitami minda,
Bodohnya aku termakan sandiwaranya,
Terkadang mesranya mengundang suka,
Terkadang dinginnya meninggalkan tanda tanya,
Dan kesalan itu tidak dapat ku rungkai semudah ku sangka,
Aku tertindas lagi,
Tertindas dengan perasaan yang ku sendiri tidak pasti,
Suka kah aku dengan kehadirannya?
Benci kah aku dengan kehilangannya?
Malam seakan memahami bait bicaraku,
Biarkan aku bersemadi bersamanya..
Aku terluka lagi...........

Saturday, November 8, 2014

Maksud..

Apa maksud SUKA??
Apa maksud SAYANG??
Apa maksud CINTA??

Suka adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan..
Sayang adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan..
Cinta adalah kau akan menemaninya bila kau tak peduli bagaimana pun keadaan mu..

Dah terjawab semua persoalan yang berlegar kan? kalo dia yang disayang,,pilih la dia..kalo dia yang di cinta pilih la dia.. Suka tu cuma sementara..mudah datang dan mudah pergi.. :)


Tuesday, April 1, 2014

Kegusaran

Keindahan malam ini sungguh sukar untuk ku tafsir,
Kerdipan kelip-kelip menghias pandangan,
Langit cerah tidak lagi melindung bulan,
Keharuman rumput kehijauan,
Melihat insan yang berlalu lalang di hadapan ku,
Masing-masing dengan misi diri,
Masing-masing mengejar masa yang makin suntuk
di telan arus malam ini,
Aku masih memerhati setiap dari mereka,
Tidak menghiraukan ketinggalan malam,
Kerna aku sudah larut bersama nya,
Pepohon hijau mula menari dihembus angin,
Aku terhenti seketika,
Berhenti menikmati angin yang ku rasa bisa membawa 
kegusaran ku pergi,
Terlalu banyak yang ku cuba menilik,
Setiap satunya masih menjadi permainan memori,
Aku terkandas lagi,
Semoga hari esok bisa ku bebas dari penjara hati yang kian 
merobek diri..

Sunday, February 9, 2014

Pertemuan berganti perpisahan

Pertemuan itu suatu detik permulaan,
Penyatuan dua hati menjadi sebati,
Mencipta berjuta memori,
Gelak tawa kita memenuhi segenap ruang,
Mengimbau manisnya kenangan,
Terbawa-bawa ku ke alam mimpi,
Betapa ku rindu saat itu,
Namun pertemuan ini tidak menunggu lama,
Berganti pula perpisahan yang berkait kehilangan,
Sedih hati memalit rasa tertusuk di sini,
Aku menyayangi kalian,
Sahabat sejati di kala aku sunyi,
Semoga ada lagi pertemuan mengantikan perpisahan..

Wednesday, January 29, 2014

Kita hanya Kawan..

Aku ada sorang kawan laki ni.. Nama dia Zul.. Actually,aku ada banyak kawan nama zul.. Zul iqram,zul syafiq,zul kamal,zul ariff,zul fikri dan banyak lagi la zul..Dan zul yang aku maksudkan ni salah sorang dari nama yang aku mention..Zul ni sama umur dengan aku.. Baik dan sopan orang nya.. Kami dah berkawan biasa sejak tahun lepas lagi.. Masa first time kami berkenalan dia memang pernah cakap dia suka aku.. Tapi aku cakap aku tak suka dia.. Aku nak fokus belajar dulu.. Pas tu dia cakap dia akan tunggu aku.. Aku pun buat tak endah ja laa.. Serius memang aku tak dak perasaan kat dia.. Aku just anggap dia kawan biasa.. Dia memang baik.. Tapi terlalu baik sampai buat aku menyampah..

  Dia selalu wechat dan mesej aku tiap hari.. kalo aku tak reply dia tak marah.. Macam-macam alasan aku bagi sebab nak elak wechat dia.. Tapi dia still send wechat.. Kalau pagi,"Assalamualaikum awk,gud morning".. Kalau tengah hari,"assalamualaikum..dh mkn?".. Kalau malam,"assalamualaikum.. gud night..".. Apakah ini semua?? Aku rimas ok! rimas!! Aku pun perlukan masa untuk diri sendiri.. Kalau tak reply kesian pulak.. Bila aku taip mesej nak marah,, aku padam balik.. sebab aku tak sanggup nak lukakan hati dia.. Dia tersangat la baik.. Aku pun tak sampai hati nak marah.. Jadi aku biarkan saja..

  Aku bukan memilih.. macam dia selalu cakap.. Dia tahu dia tak boleh sambung degree macam aku sebab tu aku tak terima dia.. Bukan.. aku tak kisah pun dia ada degree atau tak.. Yang menjadi masalahnya sekarang,aku memang tak dak perasaan kat dia..

Kepada zul,
Saya suka berkawan dengan awak.. awak baik sangat.. awak tak macam laki lain.. awak jaga setiap perkataan awak.. Tapi saya mintak maaf.. saya tak ada sikit pun perasaan yang lebih dari kawan terhadap awak.. berhenti la dari tunggu saya.. kita kawan seperti biasa.. Percaya pada jodoh.. Kalau berjodoh tak kan kemana..Sekarang bukan masa yang sesuai.. saya nak bina hidup saya sendiri dulu.. Kalau lepas ni saya tak reply mesej atau wechat awak,saya minta maaf.. saya jugak ada hidup dan masa saya.. maaf..

Sunday, January 26, 2014

Kata rindu

Dia muncul lagi.. Mengucapkan kata rindu..
Aku tak bisa mentafsir mindanya..
Siapa sebenarnya aku di hati juga di mata nya..
Aku tak bisa membaca makna setiap tulisannya..
Yang hampir tiap malam ku robek akal sendiri..
Hanya ingin mencari makna sebenar disetiap kalimahnya..
Aku masih mencari di mana keikhlasan dari katanya..
Mungkinkah hanya bersandiwara cuma?
Tuhan,mohon aku agar Kau turunkan malaikatmu
buat membisik kalbu bahawa aku masih keliru..
Nyata bulan tak akan jatuh ke bumi..
Namun aku masih meneliti kejujuran dari matamu..
Buat kau mengerti apa yang ingin ku mengerti..


Saturday, January 25, 2014

Inilah aku...

Aku sudah terbiasa dengan penghinaan,
Sudah lali dengan ejekan,
Sudah sebati dengan cacian,
Hanya kerana aku berbadan besar,
Salah kah aku di cipta oleh tuhan begini?
Hina sangatkah ciptaan ini?
Bukan ingin ku dendam,
Cuma meluah rasa hati yang terkadang sendu,
Bagiku setiap wanita mempunyai caranya sendiri,
Soal siapakah jodoh yang bisa menerima 
kekuranganku usahlah di permainkan,
Aku bukan seperti kalian yang mementingkan kesempurnaa,
Kerna aku tahu aku bukanlah secantik bidadari,
Aku hanyalah aku yang serba ringkas di pikiran,
Aku hanyalah aku yang sentiasa tersenyum,
Jangan lah kau mempersoal mengapa,
Kerna aku hanyalah aku.. :)

Jom naik Penang Hill

 Ok.. Untuk post malam ni aku nk kongsi dengan korang beberapa keping gambar dari Penang Hill atau pun Bukit Bendera.. Masa untuk menaiki bukit ini menggunakan kereta api kabel adalah dalam lingkungan 5-10 minit sahaja.. Maklum la semua telah di perbaharui.. Dah ada aircond dalam tu.. Kalo masa aku umur 2 tahun,mama aku kata setengah jam dalam kereta api tu.. Sekarang dah maju..Kalau korang nak naik kereta api kabel ni harga nya RM8 untuk dewasa,RM4 untuk pelajar dan kanak-kanak..Masa operasi pulak hari biasa 6am-10pm.. Hari minggu/public holiday 6am-11pm..Kat sini nak hiking pun boleh.. tu pun kalau rajin laa.. haha.. Atas tu pulak ada restoran dan owl musium.. Aku rasa tempat ni seronok untuk orang yang suka nature.. Kalau untuk nak bersuka-ria dengan kawan-kawan macam tak kena jaa.. Apa-apa pun kalau mai Penang cuba la naik.. cuaca tak la sejuk macam Cameron Highland tu.. tapi nyaman la juga sebab ada banyak pokok..huhu..

Ini untuk pengetahuan kalian merupkan trek kereta api kabel di Bukit Bendera/Penang Hill

Permandangan dari atas Penang Hill..Kita dapat melihat seluruh Penang di bahagian pulau