Friday, June 8, 2012
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Aku tak tau macam mana nak mulakan.. aku dah 2 minggu kat matrik.. best.. dapat kawan-kawan baru..roomate baru..haha.. semua baru laa.. aku tak tau macam mana nak express kan perasaan ni.. letih memang la letih.. imagine la sendiri,,habis kelas pukul 5 ptg.. dari pagi pulak tu..malam na buat homework.. banyak gila kot.. kadang-kadang aku rasa macam dalam kem tentera pun ada.. masa untuk diri sendiri jangan harap la kan..kadang-kadang aku rasa rindu sangat dengan kehidupan before matrik.. tidur pukul 2 pagi.. bangun pulak pukul 2ptg.. memang rindu laa.. kat sini,,tidur pukul 12mlm,,bangun pukul 4pagi.. arrghhh.. boleh mereng otak..dulu kerja asyik hang out ja dengan kawan-kawan.. tapi sekarang kerja study jaa.. letih otak kot.. boleh burst otak aku.. tapi aku kira b'nasib baik la jugak.. at,,least rumah aku dekat... senang nak balik.. imagine kawan-kawan aku yang jauh-jauh.. mesti rindu family kan?? haha.. NASIBLAH....~~~ kat sini nak makan pun kena bersaing dengan orang lain.. kalau kat rumah ikut suka hati jaa.. aduhh.. rasa cam nak menjerit arghh.. agaknya la kan,,orang kat matrik ni memang sukakan persaingan kot?? hahaha.. nasib lah...~~aku kat sini macam kena kejutan budaya pun ada jugak..ya laa,,dulu sekolah semua perempuan.. sekarang campur laki.. so,agak kekok laa.. dah la subjek susah-susah.. nak kena bersaing!! aku FOBIA arghh!!tambah-tambah dengan ANAS!!*nasiblah..~~ .. dia actually,,classmate aku.. aku fobia dengan dia sebab math.. haha.. lantak la.. mintak maaf... haha.. kawan-kawan yang lain ok.. semua sporting.. memang lain gila dari kawan sekolah aku dulu.. kat sini,,macam-macam kerenah ada.. haha.. kadang-kadang lawak bila t'ingat.. ENTAH LAH!!~~~
Sunday, April 29, 2012
Bersih 3.0
semua orang kecoh pasal BERSIH 3.0.. aku pelik la.. kenapa perlu adakan perhimpunan semua tu?? ikut saja la apa yang kerajaan dah buat?? tak cukup bagus lagi ka apa yang kerajaan dah buat untuk negara MALAYSIA?? Perdana Menteri kita dah cuba sedaya- upaya nak bangun kan negara ni.. support la.. ini tidak.. asyik bangkang saja terus.. ingat.. kalau tak ada kerajaan UMNO,, negara kita masih tak bebas.. sanggup ka korang makan ubi kayu macam zaman penjajah dulu?? nenek moyang kita sendiri dah tak sanggup,,ini kan pulak kita yang selalu jumpa makanan yang hebat-hebat.. sejarah dah ajar kita.. dah bagi tau apa-apa yang kita perlu tau.. jangan kita lupa pada mata pelajaran sejarah masa kita belajar di sekolah menengah dulu.. semua orang punya pendapat sendiri.. tapi bagi aku,,darah yang mengalir dalam tubuh aku ni,,darah UMNO!! sampai berapa keturunan sekali pun,, aku akan kenang jasa pemimpin dulu yang membebaskan negara kita tanpa sebarang pertumpahan darah..i love Malaysia.. aku tak membelot pada pemimpin aku.. dan,,my favourite..,,Tun Dr.Mahathir Mohd.. semoga allah panjangkan usia mu.. jasamu tetap ku kenang.. aku tak kan jadi orang melayu yang mudah lupa..
Thursday, April 26, 2012
Hatimu..
Usahlah ditangisi pemergian kekasihmu itu,,
Hayunlah langkah mu kemana sahaja yang kau ingin,,
Demi mengubati hatimu yang terluka,
Semoga kau akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu,,
Semoga kau akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu,,
Kelak pasti terubat jua kekosonganmu,,
Dan hidupmu kan kembali ceria...
Wednesday, April 25, 2012
Madah kata..
Cinta bersama sayap lembutnya,,
Akan bawa kau terbang ke awanan,,
Ibarat kelopak bunga yang indah,,
Cinta itu indah,,
Ia tidak langsung menjatuhkan,,
Malah ia membantumu untuk kembali bangkit,,
Kerana walaupun mempunyai dua raga,,
Tapi tetap mempunyai satu hati yang saling berkongsi rasa....
p/s:jangan takut untuk jatuh cinta...
Alhamdullillah..~~
ok.. aku publish post kali ni bukan untuk love story..
tapi aku nak share satu good news..hehe
aku dapat kolej matrikulasi penang...wahhh...
doa aku dimakbulkan..aku dari dulu teringin nak masuk sana..
happy sangat.. finally,,aku dapat satu hadiah yang sangat awesome...
kepada kawan-kawan yang dapat jugak tu,,
aku ucapkan tahniah dan good luck..
kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik,,
jangan risau,,peluang masih ada...
p/s:jangan lupa buat rayuan tau.. konfom dapat.. :D
tapi aku nak share satu good news..hehe
aku dapat kolej matrikulasi penang...wahhh...
doa aku dimakbulkan..aku dari dulu teringin nak masuk sana..
happy sangat.. finally,,aku dapat satu hadiah yang sangat awesome...
kepada kawan-kawan yang dapat jugak tu,,
aku ucapkan tahniah dan good luck..
kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik,,
jangan risau,,peluang masih ada...
p/s:jangan lupa buat rayuan tau.. konfom dapat.. :D
AKU HAPPY BAGAI NAK GILA!!!
Tuesday, April 24, 2012
Andai engkau jodohku.. :)
hari ni aku pun tak tau kenapa aku banyak sangat nak update.. haha.. ketagih dengan blog pulak la ni.. aduhh... erm,,korang percaya tak kawan zaman kanak-kanak boleh jadi cinta sejati.. i mean ,,bukan zaman remaja.. but,,truly kanak-kanak..mesti ramai yang cakap tak percaya kan?? tapi,,aku ada cerita yang betul-betul jadi.. jiran aku.. baru saja kahwin last year.. tahun ni dah ada sorang anak.. comel.. <3 .. aku dengar dari mama aku la cerita ni.. dulu si lelaki ni kawan dengan si perempuan ni.. rasanya tak patut mentioned nama.. so,,aku letak lelaki sebagai mr.A dan perempuan sebagai mrs.B .. ok.. mama aku cakap.. dulu dorang selalu main sama-sama.. mak bapak dorang berjiran masa tu.. korang tau tak quaters/berek polis macam mana?? mesti tau kan?? ala,,macam rumah flat.. so,,dorang berjiran laa.. mr.A selalu usik mrs.B.. kadang-kadang dorang gaduh sambil meludah-ludah.. haha.. boleh dikira rapat jugak la.. then,,mak bapak mr.A terpaksa berpindah.. normal la kan,,polis memang selalu pindah.. so,dorang terpisah.. 15 tahun kemudian dorang pun membesar.. mr.A banyak kali bercinta.. pernah sekali dia ditipu oleh sorang perempuan ni.. mr.A sangat la setia orangnya.. aku dengar-dengar mrs.B pun banyak kali jugak bercinta.. tapi,1 pun tak menjadi.. so,kedua-dua jadi malas nak bercinta.. suatu hari,,mr.A berlepak dengan kawan-kawan dia tepi pantai.. aku lupa pantai nama apa.. tapi yang pastinya pantai.. haha.. then,,tengah asyik termenung,, tiba-tiba mata dia tertarik melihat sorang perempuan yang jugak sedang termenung kat pantai tu.. mata dia tak boleh beralih langsung dari perempuan tu.. perempuam tu nampak sangat familiar.. tapi dia tak ingat kat mana dia pernah jumpa perempuan tu.. dia pun mula ambik langkah pertama.. *mengorat! hahaha.. lepas seminggu dorang bercinta,, si mr.A pun bagi tau hajat dia nak masuk meminang mrs.B.. so,dia pun pergi berjumpa dengan orang tua mrs.B .. alangkah terkejut nya mr.A bila dia melihat jiran lama nya sewaktu dia berumur 9 tahun dulu.. rupanya mrs.B ialah kawan sepermainan dia waktu kanak-kanak.. tak sangka.. jauh dia mencari jodohnya,, rupa nya jodohnya sudah dikenali sejak dia belum kenal erti cinta.. begitu agung cerita yang tertulis dalam hidupnya.. bagaikan ajaib.. tiada siapa tahu mereka akan disatukan menjadi suami isteri 15 tahun yang lalu.. akhirnya mereka selamat disatukan dan dikurniakan sorang cahaya mata..
kalaupun kau terpisah 7lautan dengan jodoh mu,,
seandainya dia jodohmu kamu tetap akan bersatu..
kalaupun kau berdiri didepan matanya,,
seandainya dia bukan jodohmu kamu tetap akan terpisah.. ^^
kalaupun kau terpisah 7lautan dengan jodoh mu,,
seandainya dia jodohmu kamu tetap akan bersatu..
kalaupun kau berdiri didepan matanya,,
seandainya dia bukan jodohmu kamu tetap akan terpisah.. ^^
Wednesday, December 21, 2011
Monday, December 5, 2011
Cerita lawak.. keke... XD
situasi pertama... hahaha
Mak : Lesen ! tolong beli santan !
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !
Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila.
situasi kedua...
Cikgu : sila buat ayat menggunakan perkataan HAND.
Murid : my penis in your hand.
Lalu cikgu itu menampar murid tersebut.
Murid : maaf saya lupe nak jarakkan pen dgn is sepatutnya "my pen is in your hand".
situasi ketiga...
Nadzrin : Farah , ikut abang masuk bilik!!
Farah: Ok [gementar]
Nadzrin duduk di atas katil lalu berkata..
Nadzrin : Farah , sini duduk sebelah abg..
Farah: Ok bang [tertanya-tanya]
Nadzrin: cepat masuk dalam selimut ni xD
Farah : ok [berdebar-debar]..
Nadzrin : nah, tgk G-shock baru abg ni..ada lampu..mahal tauuuu...
Farah:"nak mampos orang tua nie...!"
Mak : Lesen ! tolong beli santan !
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !
Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila.
situasi kedua...
Cikgu : sila buat ayat menggunakan perkataan HAND.
Murid : my penis in your hand.
Lalu cikgu itu menampar murid tersebut.
Murid : maaf saya lupe nak jarakkan pen dgn is sepatutnya "my pen is in your hand".
situasi ketiga...
Nadzrin : Farah , ikut abang masuk bilik!!
Farah: Ok [gementar]
Nadzrin duduk di atas katil lalu berkata..
Nadzrin : Farah , sini duduk sebelah abg..
Farah: Ok bang [tertanya-tanya]
Nadzrin: cepat masuk dalam selimut ni xD
Farah : ok [berdebar-debar]..
Nadzrin : nah, tgk G-shock baru abg ni..ada lampu..mahal tauuuu...
Farah:"nak mampos orang tua nie...!"
Saturday, December 3, 2011
Indahnya cinta..
Cinta tidak pernah kenal erti cantik,kacak,kaya dan harta.. setiap cinta melihat kesempurnaan dari pandangan nya sendri.. Cinta dicipta dengan hati bukan dengan mata.. Setiap manusia tidak dicipta dengan mempunyai segala kelebihan.. tapi,,apa yang pasti.. manusia dapat mencipta sebuah kisah cinta yang sempurna.. Hargai la si dia yang sanggup menunggumu tatkala yang lain menjauh darimu.. Hargai la si dia yang sanggup memikul segala beban mu tatkala yang lain melihat sambil ketawa.. seandainya kau keliru dalam memilih,, pejam kan mata mu dan lihatla dengan hati mu.. kerana cinta melihat dari hati mu,,bukan dari matamu..
Thursday, August 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

