Wednesday, June 22, 2016

Syafiq Aizat

Hubby,


Terima kasih kerana mengenaliku lebih dari sesiapa pun..Tak pernah seumur hidupku sebahagia kali ini..Aku bersyukur tuhan ketemukan kita..  Memang benar jodoh itu milik Allah.. Tapi tidak salah untuk kita mencuba kearah yang lebih baik.. Aku ingin membina bahtera untuk kita belayar bersama.. Meredah setiap ombak yang mungkin cuba memecahkan bahtera kita..  Aku tidak janji untuk menjadi yang sempurna untuk mu.Aku bukanlah bidadari yang tiada cacat cela.. Tapi aku janji untuk sentiasa menjaga dan menyayangi mu setelah kita halal bersama.  Mungkin ada kalanya kita akan bermasam muka.. Mungkin ada kalanya kita akan bersengketa..Sedangkan lidah lagi tergigit..Kita hanya merancang.. Allah juga penentu segalanya.. Seandainya kita terpisah, usah kau salahkan takdir pertemuan kita ini.. Mungkin allah ingin memberi yang lebih baik.. Aku terlalu bahagia bersamamu.. Aku sayang padamu.. Sepanjang perkenalan kita, aku belajar untuk mengenali cinta.. Aku belajar memahami.. Tidak sedikit pun aku ingin meminta-minta yang mewah.. Tidak juga aku ingin bintang dilangit untuk kau gapai diluar kemampuanmu.. cukup sekadar kau didepan aku, sihat dan ceria seperti selalu.. Mungkin cinta aku tidak sehebat mereka yang lain.. Tapi biarlah hanya Allah yang mampu memisahkan kita.. Selamat Hari Lahir yang ke-25 hubby sayang.. Syg sayang hubby sangat.. Terlalu sayang.. Semoga Allah permudahkan setiap perancangan kita bersama.. amin..

Monday, June 20, 2016

Tahun Ketiga di Unimap

Assalamualaikum.. lama betul menyepi.. so kali ni dah alang-alang rasa nak berkarangan nak taip panjang-panjang..sekarang aku dah tahun ketiga di unimap.. tengah golek-golek atas katil sambil makan donut lebih masa berbuka tadi..sambil-sambil tangan menaip laa.. huhuhu.. Tetiba rasa sekejap ja dah tahun ketiga berlalu.. banyak benda yang berlaku dan banyak juga benda yang jadi pengajaran dalam hidup..semoga selepas ini seketul Farah Shazwani akan lebih tabah menjalani liku-liku hidup.. huhu.. Banyak perkara yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku.. baca satu-satu ek.. jangan missed satu pun.. huhu
            Pertama sekali,aku dah pindah dari wang ulu.. rumah yang dulunya tempat paling ku gemari.. tempat yang paling membawa ketenangan.. tempat yang mencoret setiap memori indah.. walaupun agak hujung sem 6 baru pindah,tapi impact besar dalam hidup aku.. aku hilang kawan baik,housemate dan keluarga kedua.. semua hanya disebabkan terlalu mengenal atau terlalu berkongsi..aku dah tak cakap dengan nana.. hmm,,nana... satu nama yang ku kira akan bersama-sama menempuh segala liku-liku di unimap.. satu nama yang ku kira bisa ku tongkat bila diri terlalu lemah dengan segala rintangan.. satu nama yang ku kira tempat ku mencerita segalanya tanpa batasan.. Tapi tak pa.. allah sangat baik dengan aku..Dia tunjuk siapa sahabat sebenar dalam perjuangan di unimap ni.. sahabat sebenar di alam universiti ini adalah diri sendiri.. tak ada sesiapa yang baik dan ikhlas berkawan dengan ang kalau tanpa sebab.. semua berkawan atas benefit.. i repeat,,BENEFIT.. mujur allah sedarkan aku cepat-cepat.. Kekadang aku tengok classmate aku yang kononnya ada kawan masa susah tu,aku rasa terhibur.. sebab masing-masing plastik.. bermuka-muka.. Contoh la kan, si A baik dengan B tapi bila A jumpa C , dikutuknya pulak si B ni.. then,C jmpa B kutuk pulak si A.. hahaha.. bodoh classmate aku ni.. So,aku ambik jalan mudah.. aku tak mau baik dengan sesiapa dah lepas ni.. tak guna pun..end up dikutuk jugak.. tak pun didengki..haha.. Ok,cukup pasal classmate bodoh..
            Kedua,selepas keluar dari wang ulu aku terus masuk rumah baru di bumita..cantik..luas dan selesa.. Nasib baik la kenal dengan junior masa sekolah dulu.. mintak tumpang sampai habis final exam.. Iman dengan ain sangat baik walaupun mulut laser.. tak lupa jugak kat teha,mimi,zira, kira dan amrina.. ya Allah ,,aku bersyukur.. hanya Allah ja dapat balas budi kalian.. Ain dan zira tak merungut pun aku masuk rumah ni dan stay sebilik dengan depa.. Alhamdullilah... Ada hikmah jugak aku ada konflik di rumah wang ulu.. I get something better.. Macam hadiah.. bumita dah la selesa,che mat makan sedap dan murah..yang paling penting,dekat dengan library dan pusat pengajian.. Allah sangat baik dengan aku.. selalu protect aku.. betul la, orang teraniaya selalu dapat ganjaran.. huhuhu.. Disebabkan adik-adik junior bagi aku stay sini,so aku balik lambat untuk kemas rumah sebab next sem kitaorang stay rumah baru.. so rumah lama bumita ni kena kosongkan.. sejam jugak laa nak bersihkan.. dan dah siap dah pun.. sekarang tengah tunggu hubby siap kemas barang dia pulak..nak balik lepas sahur esok..   
            Ketiga,cakap pasal hubby.. hmm..Ini perkara paling klimaks yang terjadi di tahun tiga aku.. I found him.. A man who really understand me.. Seorang lelaki yang sangat sabar melayan setiap perangai buruk aku.. i showed him everything i have.. and he keep saying that he loves me every single day and night.. Ya Allah,first time aku jumpa orang yang sanggup kena marah sebab tak reti tekan calculator untuk buat soalan calculation.. hahaha.. dia seorang yang sangat baik dan pendiam.. dia tak pandai nak bersembang sangat.. Kecik ja orangnya.. pakai spec.. style ala-ala hipster tak berapa nak jadi.. haha.. dan semestinya dia sangat comel.. Aku tinggi 174cm..dia Cuma 160cm.. haha.. tak apa murah rezeki orang tua-tua cakap.. hehe.. apa pun,aku sayang dia.. walaupun selalu marah.. ya la,,aku kan panas baran..typical kedahan la kan.. huhu.. tak pernah lagi rasa sayang sangat dekat orang selain family.. he is the best future husband.. amin.. amin kan cepat gaisss.. hehe..Sepanjang aku disisih classmate,aku Cuma ada hubby.. oh lupa.. nama dia Mohd Syafiq Aizat bin Amran.. my one and only hubby,darling,intan payung,buah hati,pakwe,best friend , best future husband, best listener, best joking partner, best movie partner dan best kaki makan partner.. Dia cakap dia tak kisah aku gemuk..comel katanya.. hahaha.. elehhhhh... Dia tak romantik.. bendul.. tapi ada satu ayat yang buat aku sayang dia tiap hari.. “hubby nak jaga sayang sampai mati”.. Cuma dengan ayat tu dah buat aku tak keruan.. haha.. Banyak sangat benda yang aku cuba dengan dia sem ni..And mostly makanan laa.. hahaha.. Cuma kehadiran syafiq aizat ja yang buat aku tersenyum dan gelak sepanjang tahun 3 ni.. yang lain hampeh..

Ok dah.. panjaang betul menaipnya.. hubby dah nak siap kemas barang..aku pun nak angkut barang-barang turun..lepaih sahur dah nak bertolak.. so sampai sini ja ok perkongsian kali ni.. byeeee.....