Tuesday, November 20, 2012

Because I miss You - Jung Yong Hwa ( Eng+Romanization Lyrics)



ku undur diri..

Wahai putera ku.. malam ini aku terlalu merindu kamu.. rindu ini kian menjadi tatkala ku renung gambar mu di diary ku.. apa khabar kamu di sana?? bahagiakah kamu dengan dia?? tidak rindu kah engkau pada ku?? ya tuhan.. mengapa soalan ini acap kali muncul di benak ku?? apakah aku masih mencintainya?? yaa.. aku masih mencintai nya.. cinta yang tak kan pernah padam.. mengapa begitu susah untuk ku singkirkan kamu?? aku juga ingin bahagia seperti dia.. namun aku tak bahagia tanpa dia.. wahai hati,,pujuk la dirimu.. jangan kau suka pada dia.. dia sudah berpunya.. aku tak berhak menyimpan perasaan kepadanya lagi..wahai mata,,henti kan la tangisan mu.. biarkan dia bersama puteri nya.. kau hanya pipit yang tak kan pernah bisa terbang bersama enggang.. mereka begitu menyempurnakan diri masing-masing.. siapa la aku untuk memisahkan mereka?? aku hanya ibarat pungguk yang menunggu sang bulan yang tak kan pernah bisa jatuh ke riba.. aku percaya takdir dan jodoh.. biar masa yang menentukan untuk aku lupakan kamu.. ya,,aku perlu waktu.. waktu untuk menanggal kan setiap perasaan yang pernah ku titip buat kamu.. semoga kau sihat selalu.. jangan sakit kerana selepas ini tiada lagi aku untuk mengubati mu.. semoga kau bahagia selalu.. jangan bersedih kerana selepas ini tiada lagi aku untuk menemani mu.. aku undur diri dulu.. maaf atas segala perasaan ku yang ku sembunyikan dari kamu,,putera ku.. ^^

Wednesday, November 14, 2012

Tiada lagi..

Tika ini.. hati ku di guris lagi.. Dia bersama wanita bertuah itu..
Sebak ku tak tertahan tatkala melihat telatah keduanya..
Ya Allah,,berat nya ujian mu ini.. Mengapa aku yang perlu merasai nya??
Seandainya aku tak on twitter tu tadi,,aku mungkin tak kan terluka sebegini..
Aku kecewa dengan mu.. terlalu kecewa..
Tak apa lah wahai putera pujaan ku..
Pergi la kepada puteri idaman mu..Kan ku doakan hubungan kalian bahagia..
Kan ku doakan putera ku tidak terluka lagi seperti masa lalu..
Walau pun aku hanya peminat dalam diam mu,,tapi cinta ku ini biar ku pendam dan mungkin akan ku usir demi hubungan yang kalian baru kecapi itu.. aku pasrah..
Ingat pesan ku,,seandainya sudah puas kau terluka,,aku sentiasa disini.. ^^ selamanya.. :D

Thursday, November 8, 2012

Malam oh Malam

Malam oh malam.. Aku makin sendu.. Walau jasad ku masih bersama.. Tapi jiwa ku entah ke mana.. Aku duduk di tepi tingkap sambil mata ku memandang ke langit.. Ku cuba cari bintang yang dulunya kerap menemani ku.. Ku cuba intai walau pun langit kelihatan mendung saja.. Aku menunduk ke bawah.. Harapan ku punah lagi.. Aduhai.. Bintang di langit pun bagai sudah tidak sudi menemani ku lagi.. Seperti yang lain juga.. Aku juga tidak tahu di mana silap ku.. Betapa berat dugaan yang kau berikan kepada ku ya Allah.. Tanpa ku sedar,,tangan ku sudah mula menari di atas keyboard laptop kesayangan aku ni.. Sambil mata ligat membelek perkataan yang ku cuba sampaikan ke kalian semua.. Tiba-tiba hatiku memanjat syukur,ada juga medan untuk aku luahkan segalanya.. Walau pun pembaca-pembacanya tak ku kenali.. Aku hanya insan yang ingin kan ketenangan.. Tidak pernah sekali pun dalam hidupku mengganggu orang lain.. Tapi mengapa aku sentiasa di ganggu?? Aku di malu kan tanpa sebab.. Mengapa aku?? Sedihku tak terucap walau sedikit.. Aku berhenti seketika.. Mendongak kelangit lagi.. mungkin ada bulan yang bakal menjelma di balik awan.. Hampa lagi.. Oh malam.. Aku kesunyian.. Aku kesepian.. Meniti malam yang penuh kelam.. Ku gagahi diri memaafkan kesalahan dia.. Namun aku tidak dapat menipu hatiku.. Aku benci dimalukan sedemikian rupa.. Aku benci bila maruah ku di tertawa orang.. Sedangkan aku tidak pernah langsung terlintas untuk berbuat benda itu,,inikan pula melakukannya.. Aku menyeka air mata yang deras mengalir di pipi.. Aku hanya wanita biasa..Aku tak punya paras yang rupawan..Aku tak punya susuk tubuh yang mengiurkan.. Aku tak punya apa pun.. Aku adalah aku.. Tapi aku masih mempunyai maruah untuk aku jaga hingga ke akhir hayatku ini.. Aku mendongak ke langit lagi..Langit sudah seolah-olah meminggirkan aku malam ini.. Aku pasrah..