Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

semua orang kecoh pasal BERSIH 3.0.. aku pelik la.. kenapa perlu adakan perhimpunan semua tu?? ikut saja la apa yang kerajaan dah buat?? tak cukup bagus lagi ka apa yang kerajaan dah buat untuk negara MALAYSIA?? Perdana Menteri kita dah cuba sedaya- upaya nak bangun kan negara ni.. support la.. ini tidak.. asyik bangkang saja terus.. ingat.. kalau tak ada kerajaan UMNO,, negara kita masih tak bebas.. sanggup ka korang makan ubi kayu macam zaman penjajah dulu?? nenek moyang kita sendiri dah tak sanggup,,ini kan pulak kita yang selalu jumpa makanan yang hebat-hebat.. sejarah dah ajar kita.. dah bagi tau apa-apa yang kita perlu tau.. jangan kita lupa pada mata pelajaran sejarah masa kita belajar di sekolah menengah dulu.. semua orang punya pendapat sendiri.. tapi bagi aku,,darah yang mengalir dalam tubuh aku ni,,darah UMNO!! sampai berapa keturunan sekali pun,, aku akan kenang jasa pemimpin dulu yang membebaskan negara kita tanpa sebarang pertumpahan darah..i love Malaysia.. aku tak membelot pada pemimpin aku.. dan,,my favourite..,,Tun Dr.Mahathir Mohd.. semoga allah panjangkan usia mu.. jasamu tetap ku kenang.. aku tak kan jadi orang melayu yang mudah lupa..

Thursday, April 26, 2012

Hatimu..

Wahai sahabatku yang sedang menderita kerna cinta...
Usahlah ditangisi pemergian kekasihmu itu,,
Hayunlah langkah mu kemana sahaja yang kau ingin,,
Demi mengubati hatimu yang terluka,
Semoga kau akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu,,
Kelak pasti terubat jua kekosonganmu,,
Dan hidupmu kan kembali ceria...

Wednesday, April 25, 2012

Madah kata..

Cinta bersama sayap lembutnya,,
Akan bawa kau terbang ke awanan,,
Ibarat kelopak bunga yang indah,,
Cinta itu indah,,
Ia tidak langsung menjatuhkan,,
Malah ia membantumu untuk kembali bangkit,,
Kerana walaupun mempunyai dua raga,,
Tapi tetap mempunyai satu hati yang saling berkongsi rasa....


p/s:jangan takut untuk jatuh cinta...

Alhamdullillah..~~

ok.. aku publish post kali ni bukan untuk love story..
tapi aku nak share satu good news..hehe
aku dapat kolej matrikulasi penang...wahhh...
doa aku dimakbulkan..aku dari dulu teringin nak masuk sana..
happy sangat.. finally,,aku dapat satu hadiah yang sangat awesome...

kepada kawan-kawan yang dapat jugak tu,,
aku ucapkan tahniah dan good luck..
kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik,,
jangan risau,,peluang masih ada...

p/s:jangan lupa buat rayuan tau.. konfom dapat.. :D


AKU HAPPY BAGAI NAK GILA!!!

Tuesday, April 24, 2012

Andai engkau jodohku.. :)

hari ni aku pun tak tau kenapa aku banyak sangat nak update.. haha.. ketagih dengan blog pulak la ni.. aduhh... erm,,korang percaya tak kawan zaman kanak-kanak boleh jadi cinta sejati.. i mean ,,bukan zaman remaja.. but,,truly kanak-kanak..mesti ramai yang cakap tak percaya kan?? tapi,,aku ada cerita yang betul-betul jadi.. jiran aku.. baru saja kahwin last year.. tahun ni dah ada sorang anak.. comel.. <3 .. aku dengar dari mama aku la cerita ni.. dulu si lelaki ni kawan dengan si perempuan ni.. rasanya tak patut mentioned nama.. so,,aku letak lelaki sebagai mr.A dan perempuan sebagai mrs.B .. ok.. mama aku cakap.. dulu dorang selalu main sama-sama.. mak bapak dorang berjiran masa tu.. korang tau tak quaters/berek polis macam mana?? mesti tau kan?? ala,,macam rumah flat.. so,,dorang berjiran laa.. mr.A selalu usik mrs.B.. kadang-kadang dorang gaduh sambil meludah-ludah.. haha.. boleh dikira rapat jugak la.. then,,mak bapak mr.A terpaksa berpindah.. normal la kan,,polis memang selalu pindah.. so,dorang terpisah.. 15 tahun kemudian dorang pun membesar.. mr.A banyak kali bercinta.. pernah sekali dia ditipu oleh sorang perempuan ni.. mr.A sangat la setia orangnya.. aku dengar-dengar mrs.B pun banyak kali jugak bercinta.. tapi,1 pun tak menjadi.. so,kedua-dua jadi malas nak bercinta.. suatu hari,,mr.A berlepak dengan kawan-kawan dia tepi pantai.. aku lupa pantai nama apa.. tapi yang pastinya pantai.. haha.. then,,tengah asyik termenung,, tiba-tiba mata dia tertarik melihat sorang perempuan yang jugak sedang termenung kat pantai tu.. mata dia tak boleh beralih langsung dari perempuan tu.. perempuam tu nampak sangat familiar.. tapi dia tak ingat kat mana dia pernah jumpa perempuan tu.. dia pun mula ambik langkah pertama.. *mengorat! hahaha.. lepas seminggu dorang bercinta,, si mr.A pun bagi tau hajat dia nak masuk meminang mrs.B.. so,dia pun pergi berjumpa dengan orang tua mrs.B .. alangkah terkejut nya mr.A bila dia melihat jiran lama nya sewaktu dia berumur 9 tahun dulu.. rupanya mrs.B ialah kawan sepermainan dia waktu kanak-kanak.. tak sangka.. jauh dia mencari jodohnya,, rupa nya jodohnya sudah dikenali sejak dia belum kenal erti cinta.. begitu agung cerita yang tertulis dalam hidupnya.. bagaikan ajaib.. tiada siapa tahu mereka akan disatukan menjadi suami isteri 15 tahun yang lalu.. akhirnya mereka selamat disatukan dan dikurniakan sorang cahaya mata..

kalaupun kau terpisah 7lautan dengan jodoh mu,,
seandainya dia jodohmu kamu tetap akan bersatu..
kalaupun kau berdiri didepan matanya,,
seandainya dia bukan jodohmu kamu tetap akan terpisah.. ^^